info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Masak sempurna tak jamin selamat, ketahui gejala anda termakan kerang-kerangan bertoksin

Lead Image

MASYARAKAT di negara ini sememangnya gemar menikmati makanan laut bercengkerang seperti siput sedut, lala dan kerang.

Dalam keasyikan menjamu selera, aspek keselamatan makanan ini tidak boleh dipandang ringan kerana kerang-kerangan diperoleh dari kawasan tercemar berkemungkinan besar mengandungi toksin marin berbahaya.

Menurut Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pengambilan kerang-kerangan mengandungi toksin tertentu boleh menyebabkan keracunan Paralytic Shellfish Poisoning (PSP).

Menerusi perkongsian di Threads, BKKM menjelaskan toksin tersebut boleh berpunca daripada penghasilan alga beracun di laut.

Pastikan kerang-kerangan dimasak datang dari sumber selamat bagi mengelakkan risiko keracunan toksin marin.

"Alga tidak berbahaya dalam jumlah kecil, tetapi apabila berlaku fenomena laut merah bilangan alga bloom akan meningkat dan menjadi sumber makanan kepada kerang-kerangan.

"Semakin banyak alga ini dimakan, semakin ia memberikan kesan kepada badan manusia jika menikmati kerang-kerangan terjejas secara berlebihan," jelasnya menerusi satu klip video pendek.

MENARIK DIBACA: Terung bakar bersantan, lauk kampung 'simple' bikin kecur liur

MENARIK DIBACA: Teknik cuci beras guna kain cara orang Jepun... Nasi makin sedap, tekstur lebih cantik

Kerang-kerangan seperti kupang, tiram dan kerang merupakan haiwan penapis makanan yang mendapatkan makanan dengan menapis air laut. 

Kerang-kerangan tercemar dengan toksin tidak akan hilang biarpun dimasak.

Keadaan ini menyebabkan toksin dihasilkan oleh sesetengah alga boleh terkumpul dalam tisu haiwan tersebut.

Lebih membimbangkan, toksin penyebab PSP tidak semestinya musnah melalui kaedah memasak biasa atau proses sejuk beku.

Justeru, memasak kerang-kerangan tercemar bukan jaminan ia selamat untuk dimakan.

Jika seseorang mengalami gejala selepas menikmati kerang-kerangan, khususnya kebas, lemah anggota badan atau kesukaran bernafas, dapatkan rawatan perubatan dengan segera.

TRIVIA

Tanda keracunan kerang bertoksin

  • Kebas atau kesemutan pada bibir, lidah, muka, leher, jari, tangan dan kaki
  • Loya, muntah dan cirit-birit
  • Sakit kepala dan pening
  • Lemah atau lumpuh anggota badan
  • Hilang koordinasi dan keseimbangan
  • Perubahan status mental
  • Sukar menelan
  • Kegagalan pernafasan

Gejala keracunan boleh muncul seawal 30 minit hingga satu jam selepas seseorang mengambil kerang-kerangan mengandungi toksin. 

BKKM menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan aktiviti menangkap, menjual, membeli dan memakan kerang-kerangan dari kawasan laut diketahui tercemar.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Kenali beza dan kelebihan kelapa hijau, oren dan coklat

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Talbinah sajian berasaskan barli jadi ‘comfort food’ ketika sedih

Terhangat