info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Kenali beza dan kelebihan kelapa hijau, oren dan coklat

Lead Image

BUAH kelapa diketahui mempunyai banyak manfaat tidak kira sama ada jenis muda atau tua.

Sebagai contoh, kelapa muda sering dinikmati airnya yang manis dan menyegarkan selain mempunyai khasiat.

Isi kelapa muda yang segar mempunyai tekstur lembut dan sesuai dimakan begitu sahaja, juga dijadikan bahan tambahan dalam pelbagai hidangan pencuci mulut.

Kelapa memiliki banyak kegunaan terutama dalam masakan.

Apabila kelapa semakin matang, kandungan dalam buah turut berubah di mana isinya menjadi semakin tebal, keras dan lebih berlemak.

Pada fasa inilah santan kelapa diperoleh untuk digunakan dalam masakan terutama jenis berkuah.

Sebagai perbandingan, Kuali kongsikan perbezaan dan kelebihan buah kelapa berdasarkan peringkat warna dari hijau, oren dan coklat.

Air kelapa muda diketahui mampu menjadi penyegar badan semula jadi.

1. Kelapa muda (penyegar semula jadi)

Kelapa muda biasanya akan dipetik ketika buah masih belum matang sepenuhnya. Airnya lebih banyak dan mempunyai rasa manis serta menyegarkan.

Isi kelapa pula masih lembut, nipis dan mempunyai tekstur seperti jeli. Berbanding isi kelapa tua, kandungan lemaknya pada isi kelapa muda lebih rendah.

Antara kelebihannya:

  • Air kelapa membantu menurunkan panas badan
  • Kaya elektrolit semula jadi
  • Membantu menyingkirkan toksin (detoks) dalam badan
  • Membantu memelihara buah pinggang
  • Meredakan loya ringan

MENARIK DIBACA: Pertandingan kek buruk asah kreativiti kanak-kanak! Juri perlu rasa geli, loya tekak

MENARIK DIBACA: [V] Yasin cerita pengalaman makan di penjara, kuah rasa air kosong - "Tak rindu langsung"

Jenis kelapa oren diketahui berupaya membantu memulihkan tenaga.

2. Kelapa oren (penambah tenaga)

Kelapa muda berwarna oren juga sering dipilih untuk mendapatkan airnya. Warna kulit tidak semestinya menentukan kandungan nutrisi secara mutlak kerana varieti dan tahap kematangan turut memainkan peranan.

Pada tahap muda, buah masih mempunyai kandungan air yang tinggi, manakala isi kelapa masih lembut dan tidak terlalu tebal.

Antara kelebihannya:

  • Menambah stamina dan tenaga
  • Tinggi antioksidan
  • Memulihkan badan selepas aktiviti berat
  • Membantu memulihkan tenaga
  • Mengurangkan keradangan ringan dalam badan
Kelapa tua mengandungi serat tinggi untuk membantu pencernaan.

3. Kelapa tua (nutrisi lengkap)

Apabila kelapa semakin matang, kulitnya berubah menjadi coklat dan isinya menjadi lebih tebal serta keras.

Pada tahap ini, isi kelapa mengandungi lebih banyak lemak dan serat berbanding kelapa muda. Ia juga lebih banyak digunakan untuk menghasilkan santan, kerisik, kelapa parut dan pelbagai masakan tradisional.

Antara kelebihannya:

  • Membekalkan tenaga dari lemak sihat
  • Tinggi serat untuk pencernaan.
  • Masih mengandungi elektrolit penting dalam airnya
  • Baik untuk sistem imun

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Minum kopi berkafein atau tak, kedua-duanya beri kesan pada otak - Kajian

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Masak sempurna tak jamin selamat, ketahui gejala anda termakan kerang-kerangan bertoksin

Terhangat