info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Anak demam? Petua golek telur rebus di badan dikatakan menjadi

Lead Image

HATI ibu memang tidak tenang apabila melihat anak demam dan suhu badan tidak menurun.

Dalam situasi begitu, selain mendapatkan rawatan dan ubat daripada doktor, ada ibu bapa turut mencuba pelbagai petua tradisional sebagai ikhtiar tambahan.

Begitu juga dengan wanita ini yang berkongsi di Threads pengalaman menggunakan telur rebus ketika anaknya demam.

Petua telur rebus digolek pada badan anak dikongsi sebagai salah satu kaedah tradisional.

"Geli kan? Ini hasil selepas telur rebus golek pada badan anak semalam. Alhamdulillah turun juga suhu, pagi ini kembali aktif.

"Tak ada bukti sains di sebaliknya, tetapi saja cuba sebab ada petua kata cara ini boleh turunkan suhu badan. Ikhtiar selagi tak membahayakan anak. Tak salah mencuba.

"Rebus dulu telur dalam 10 minit, tunggu suam sedikit, kupas kulit dan boleh golek atas badan anak," kongsinya.

Perkongsian itu menarik perhatian ramai dan ada netizen turut berkongsi pengalaman hampir sama ketika menjaga anak yang tidak sihat.

MENARIK DIBACA: Terung bakar bersantan, lauk kampung 'simple' bikin kecur liur

MENARIK DIBACA: Teknik cuci beras guna kain cara orang Jepun... Nasi makin sedap, tekstur lebih cantik

"Tak tahu mitos ke apa. Tempoh hari anak demam dan batuk berkahak. Saya cuba golek telur rebus atas dada, kemudian dia tak batuk dan kahak jadi cair. Menjadi petua ini.

"Saya pun selalu buat pada anak. Walaupun orang cakap mitos tetapi berkesan.

"Anak saya pernah demam berlarutan, tak mahu makan ubat sampai muntah. Akhir sekali cuba petua ini, terus kebah demam.

"Saya pernah buat ketika anak bongsu saya demam dan tip ini menjadi.

Perkongsian netizen.

"Ipar kepada sepupu saya yang berbangsa Cina juga ajar buat kaedah sama dan menjadi," komen beberapa netizen.

Kanak-kanak demam boleh berpunca daripada pelbagai sebab dan ibu bapa perlu memantau keadaan mereka, termasuk suhu badan, tahap kecergasan, pengambilan air serta gejala lain yang muncul.

Petua tradisional juga tidak sepatutnya dijadikan pengganti pemeriksaan atau rawatan perubatan, terutama jika demam berterusan, anak kelihatan sangat lemah, sukar bernafas, kurang minum atau menunjukkan tanda lain yang membimbangkan.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Nampak notis 'Tiada QR Hari Ini', pelanggan luluh hati dengar jawapan makcik jual kuih

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Chopstick China, Jepun dan Korea rupanya ada beza... Mana satu paling senang kepit makanan?

Terhangat