info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Chopstick China, Jepun dan Korea rupanya ada beza... Mana satu paling senang kepit makanan?

Lead Image

SEKILAS pandang, penyepit atau chopstick yang digunakan ketika menikmati makanan mungkin kelihatan hampir sama.

Tahukah anda penyepit China, Jepun dan Korea sebenarnya mempunyai perbezaan dari segi bentuk, saiz, bahan malah cara penggunaannya?

Perbezaan tersebut bukan sekadar pada fizikal, sebaliknya turut berkait dengan jenis makanan serta budaya dan tabiat makan di setiap negara.

Ada penyepit yang panjang dan hujungnya tumpul, manakala ada pula yang lebih pendek, nipis atau diperbuat daripada logam.

Memetik laporan Food NDTV, berikut antara perbezaan penyepit dari China, Jepun dan Korea yang menarik untuk diketahui.

Penyepit ini diperbuat daripada kayu, buluh atau plastik yang dikilatkan.

1. China

Penyepit China biasanya lebih panjang berbanding penyepit Jepun dan Korea.

Hujungnya pula cenderung rata atau tumpul, sekali gus memudahkan pengguna mengambil pelbagai jenis makanan.

Penyepit ini diperbuat daripada kayu, buluh atau plastik yang dikilatkan.

Saiznya yang panjang juga memudahkan seseorang mengambil makanan daripada hidangan yang diletakkan di tengah meja.

Bentuk penyepit sebegini sesuai digunakan untuk menikmati nasi, mi, ladu atau dumpling dan sayur-sayuran.

Hujungnya yang tumpul juga memudahkan makanan yang bersalut sos diambil tanpa terlalu banyak kesukaran.

Penyepit Jepun juga terkenal dengan pelbagai motif dan reka bentuk menarik.

2. Jepun

Berbanding penyepit China, penyepit Jepun biasanya lebih pendek dan nipis.

Bentuk sebegini menjadikannya lebih mudah digunakan untuk mengambil makanan bersaiz kecil atau mempunyai tekstur yang lembut.

MENARIK DIBACA: Sushi Push Pop jadi fenomena di New York, disajikan dalam bekas silinder

MENARIK DIBACA: Bukan sekadar wangi, rupanya ada sebab lain daun bawang perai laris musim Tahun Baharu Cina

Penyepit Jepun sesuai digunakan ketika menikmati tempura, ikan mentah dan nori.

Bahagian hujungnya juga direka untuk membantu pengguna mengambil makanan dengan lebih tepat.

Selain bentuk, penyepit Jepun juga terkenal dengan pelbagai motif dan reka bentuk menarik.

Hiasannya lazimnya disesuaikan dengan konsep hidangan Jepun yang kemas dan tersusun.

Permukaannya yang licin juga menyebabkan penyepit Korea dianggap sedikit lebih sukar digunakan.

3. Korea

Penyepit Korea pula agak berbeza kerana kebanyakannya diperbuat daripada logam.

Bentuknya boleh didapati dalam reka bentuk bulat atau leper, dengan keluli tahan karat atau stainless steel menjadi antara bahan yang banyak digunakan pada masa kini.

Pada zaman dahulu, penyepit diperbuat daripada perak pernah digunakan oleh keluarga diraja Korea. Logam berkenaan dipercayai boleh berubah warna apabila bersentuhan dengan bahan berbahaya tertentu.

Kini, stainless steel lebih banyak digunakan kerana mudah dibersihkan dan boleh disterilkan menggunakan air mendidih, sekali gus menjadikannya praktikal untuk kegunaan harian.

Permukaannya yang licin juga menyebabkan penyepit Korea dianggap sedikit lebih sukar digunakan berbanding penyepit yang diperbuat daripada kayu atau buluh.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Anak demam? Petua golek telur rebus di badan dikatakan menjadi

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Tolak ubat doktor, ibu dakwa demam anak lebih cepat sembuh lepas mandi lemon

Terhangat