Pertama kali masak cendawan jeli hitam, wanita kagum sebab rangup! 'Rupa' pelik, rasa tak 'kuat' seperti disangka
KEBANYAKAN kita biasa menikmati beberapa jenis cendawan seperti cendawan tiram dan cendawan butang, tapi masih ada tak pernah melihat cendawan jeli hitam atau lebih dikenali sebagai 'black fungus'.
Bentuknya seakan-akan jeli berwarna hitam membuatkan ramai menyangka cendawan itu mempunyai rasa pelik.
Perkara itu turut dikongsikan seorang wanita menerusi Threads apabila memuat naik video pengalaman pertamanya menggunakan cendawan hitam dalam masakan.
Menurutnya, dia memilih bahan tersebut selepas disarankan oleh doktor yang mana 'black fungus' dipercayai mempunyai pelbagai manfaat kesihatan.

"Pertama kali masak guna cendawan hitam ni. Doktor memang cadang makan cendawan ni sebab baik untuk kesihatan jantung, rendah kalori, antioksidan dan menyokong sistem imun," tulisnya dalam perkongsian tersebut.
Video ringkas itu mencuri perhatian warga maya, terutama mereka yang tidak pernah melihat atau mencuba masak cendawan hitam sebelum ini.
Malah, ada juga yang mengakui sebelum ini mereka menyangka cendawan tersebut hanyalah bahan hiasan dalam masakan Cina.
MENARIK DIBACA: Jangan salah pilih daun limau purut, pastikan bentuk '8' elak masakan jadi pahit
MENARIK DIBACA: Daun bawang, serai ditanam di rumah sangat mudah nak hidup! Ketahui punca ramai gagal
Di ruangan komen, tak kurang juga tampil berkongsi pengalaman masing-masing selepas mencuba cendawan hitam.
Kebanyakannya bersetuju bahan itu tidak mempunyai rasa kuat seperti disangka, sebaliknya tekstur rangup menjadikannya sedap dimakan bersama pelbagai jenis sajian seperti sup, sayur goreng dan masakan berkuah.
"Baru sahaja masak lauk sama dan pertama kali letak cendawan hitam. Sedap sangat.

"Cendawan ni tak ada rasa sangat tapi teksturnya rangup.
"Saya selalu racik halus, senang nak makan.
"Sedap cendawan ni, rangup rasanya.
"Anak saya pun suka makan cendawan ni, tak ada rasa sangat," antara komen netizen.