Kolaborasi Jaya Grocer - Tourism Malaysia mudahkan pelancong beli produk makanan tempatan
SEMPENA Tahun Melawat Malaysia 2026 (Visit Malaysia 2026), Jaya Grocer menjalinkan kolaborasi strategik dengan Tourism Malaysia melalui pengenalan 'Malaysian Delights'.
Kerjasama itu merupakan inisiatif pameran dalam kedai yang direka khas bagi mengetengahkan kepelbagaian warisan kulinari Malaysia serta produk jenama tempatan.
Dilancarkan di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA T2), 'Malaysian Delights' berfungsi sebagai platform sambutan mesra pelancong yang tiba di Malaysia, sekali gus trut membuka peluang kepada mereka yang berlepas membawa pulang cita rasa Malaysia.
Inisiatif ini dijangka memberi impak kepada jutaan pelancong setiap tahun serta menjadi titik sentuhan budaya yang signifikan melalui pengalaman makanan Malaysia yang autentik.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Gorcer, Daniel Teng, makanan merupakan antara ekspresi utama dalam kebudayaan Malaysia yang harus diketengahkan.
"Melalui Malaysian Delights, kami berhasrat untuk memudahkan pelanggan serta pelancong mendapatkan akses kepada kepelbagaian cita rasa Malaysia dalam satu lokasi, di samping menyokong dan memperkenalkan jenama-jenama tempatan.
"Malaysia telah mencatatkan seramai 17.5 juta kemasukan pelancong setakat Mei 2026, yang mencerminkan pertumbuhan pesat di bawah pelaksanaan kempen Visit Malaysia 2026 serta mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai salah satu destinasi pelancongan utama di rantau ini," katanya, Selasa.
MENARIK DIBACA: Biji nangka tinggi khasiat... Boleh jadi snek, kisar bubuh dalam sup, kari pun sedap
MENARIK DIBACA: Tak pernah tahu harga rambutan, wanita syak ditipu penjual- "Takkan RM30 satu beg?"
Katanya lagi, Malaysian Delights direka sebagai satu alternatif runcit berteraskan budaya dengan pelbagai snek tempatan, makanan sedia dimakan serta produk daripada lebih 10 jenama tempatan dengan melibatkan lebih 120 unit produk.
Selain KLIA2, Malaysian Delights turut diperkenalkan di cawangan terpilih Jaya Grocer termasuk Sunway Pyramid dan LaLaPort, dengan perancangan untuk diperluaskan ke tiga cawangan di seluruh negara.
Pada masa sama, Malaysian Delights turut menampilkan Grab Signatures, iaitu kolaborasi antara Grab dan peniaga makanan serta minuman yang mentransformasikan hidangan popular Malaysia kepada produk runcit sedia untuk pasaran.

Setakat ini, sebanyak 27 produk telah dibangunkan bersama jenama tempatan seperti Sambal Nasi Lemak Village Park, Aiskrim Inside Scoop, Pizza MyPizzaLab, Kentang Goreng KGB, Pes Tom Yum Soi 55 dan Perapan Ayam Serai.
Langkah ini sekali gus membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia serta pelancong menikmati cita rasa tempatan dengan akses yang lebih mudah.
Dalam pemerkasaan pengalaman dalam kedai, pelanggan turut ditawarkan promosi Purchase with Purchase (PWP), di mana dengan perbelanjaan minimum RM100 di Jaya Grocer, pelanggan berpeluang membeli beg tote Jalan-Jalan Malaysia pada harga istimewa RM14.99 (harga asal RM29.90).
Promosi ini ditawarkan di semua cawangan Jaya Grocer di seluruh Negara.