info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Sardin Norway buat ramai berubah selera, sekali cuba terus tinggalkan ikan biasa

Lead Image

SESETENGAH makanan mampu mengubah selera seseorang walau hanya selepas sekali mencubanya seperti mana ikan sardin Norway yang kini menjadi bualan dalam kalangan penggemar makanan laut.

Seorang wanita di Threads, ms.pingjimmy berkongsi keterujaan dirinya terhadap keenakan sardin Norway yang rasanya dikatakan jauh berbeza berbanding sardin biasa di pasaran.

Menurutnya, sejak menikmati ikan tersebut, ia sering menjadi pilihan utama setiap kali dia mengadakan acara barbeku bersama keluarga atau rakan.

“Semenjak kenal sardin Norway ni, tiap kali ada panggang-panggang wajib beli biar yang lain merasa kesedapannya.

Walaupun harga makin naik, ramai tetap sanggup beli sardin Norway kerana kualiti dan rasa premium.

“Benda sedap biar sama-sama rasa. Tak perlu rempah, cukup perap garam saja,” kongsinya.

Tambahnya, di Bintulu, Sarawak ikan tersebut hanya boleh didapati di pasar raya tertentu, sekali gus menjadikannya eksklusif berbanding sardin biasa yang lebih mudah dibeli.

MENARIK DIBACA: Daging korban perlu ‘rehat’ 7 jam sebelum dimasak, Ustaz Syamsul Debat beri penjelasan

MENARIK DIBACA: Elak buat 5 kesilapan biasa ini sebelum, semasa dan selepas sembelih haiwan korban

Menurutnya lagi, dari segi rasa, sardin Norway mempunyai isi yang lebih berlemak, manis dan tidak mudah hancur walaupun selepas dinyahbeku.

“Tapi tutup mata je la tengok harganya. Dulu dua ekor tak sampai RM20, sekarang sekilogram dah RM30 lebih.

“Kalau dah rasa sardin Norway ni, lidah pun auto memilih tak nak makan sardin local dah,” ujarnya berseloroh.

Perkongsian itu mendapat perhatian warga maya yang rata-ratanya bersetuju mengenai keenakan ikan tersebut, sambil mengakui harga semasa agak ‘keras’ untuk kerap dibeli.

Netizen turut mengakui keenakan sardin Norway.

“Memang sedap, berlemak. Tapi sekarang makin naik harga, 'last' beli pun dah RM31.90 sekilo,” komen seorang netizen.

Seorang lagi pengguna turut berkongsi informasi bahawa harga seekor ikan kecil boleh melebihi RM16 di sesetengah kawasan.

Rata-rata netizen bersetuju bahawa walaupun harganya semakin meningkat, rasa dan kualiti ikan tersebut membuatkan ia masih menjadi pilihan utama bagi penggemar hidangan panggang.

Perkongsian itu sekali lagi membuktikan bahawa dalam soal makanan, kualiti dan rasa sering menjadi keutamaan pengguna walaupun perlu berdepan harga lebih tinggi.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Piala Dunia 2026: Sebelum sepak mula, penyokong berpesta 'tailgate' di luar stadium

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Momen

Kolaborasi Jaya Grocer - Tourism Malaysia mudahkan pelancong beli produk makanan tempatan

Terhangat