KUALI | Momen

12 outlet Auntea Jenny terima sijil halal, catat rekod jual hampir 86 juta cawan Mango Pomelo Sago

Lead Image

JENAMA minuman popular, Auntea Jenny mencipta satu pencapaian apabila 12 cawangannya di Malaysia menerima pensijilan halal, sekali gus mengukuhkan lagi keyakinan pengguna.

Pensijilan halal tersebut melibatkan cawangan di Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang, Pahang, Perak dan Melaka.

Langkah itu juga adalah usaha memperkukuhkan asas operasi syarikat di peringkat nasional selain memastikan standard perkhidmatan yang lebih konsisten di seluruh negara.

Pengurus Besar Auntea Jenny Malaysia, Ng Ching Wai berkata, pihaknya sentiasa menitikberatkan keseimbangan antara piawaian global dan inovasi tempatan.

“Pensijilan halal ini bukan sahaja membuktikan sistem kualiti kami, malah menjadi tanda penghormatan terhadap pengguna dan pasaran tempatan,” ujarnya pada majlis pelancaran pensijilan halal di Sunway Velocity, Kuala Lumpur, Ahad.

Turut hadir Pengarah Eksekutif Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Muhyiddin Aziz @ Saari dan pasangan selebriti juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Bella Astillah.

MENARIK DIBACA: Pelancong Indonesia pelik saiz ayam Malaysia terlalu besar - "Jenis apa sebenarnya?"

MENARIK DIBACA: Patutlah kulit orang Indonesia mulus, tempe mampu cegah masalah jerawat

Sempena pelancaran tersebut, syarikat akan mengadakan program pemberian 30,000 cawan minuman percuma di seluruh negara bermula 13 hingga 15 Mei 2026, sementara stok masih ada.

Majlis berkenaan menjadi simbol kemajuan jenama itu dalam aspek pematuhan piawaian halal, pengurusan rantaian bekalan serta sistem operasi cawangan di Malaysia.

Pasangan mendapat pujian ramai, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tunangnya, Bella Astillah, turut hadir memeriahkan majlis pelancaran pensijilan halal berlangsung di Sunway Velocity, Kuala Lumpur, baru-baru ini. .

Bukan itu sahaja, jenama ini turut menerima pengiktirafan daripada ASEAN Records dan Asia Records menerusi rekod “Mango Pomelo Sago Paling Laris daripada Rangkaian Minuman Teh Segar”.

Rekod itu dicatatkan selepas sebanyak 85,951,586 cawan minuman berkenaan berjaya dijual pada 2025 melibatkan 11,494 cawangan di empat negara setakat Disember lalu.

Dalam perkembangan sama, Auntea Jenny turut melancarkan aplikasi mudah alih rasmi di Malaysia bagi memperkukuh sistem keahlian pelanggan.

Auntea Jenny kini memiliki hampir 50 cawangan di Malaysia dan menyasarkan lebih 100 cawangan menjelang penghujung 2026.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Selesai makan masih lepak, kerusi kosong buat letak barang... Tetamu majlis kenduri dianggap ‘buta adab'

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

"Jaga makan waktu haid" - Wanita TTC dedah kiwi bantu suburkan telur, akhirnya ‘lekat’!

Terhangat