info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Wanita nyaris dipecat sebab makan aiskrim waktu kerja, peraturan lebih fleksibel lepas HR buat siasatan

Lead Image

SEORANG wanita hampir hilang pekerjaannya hanya kerana menikmati aiskrim ketika waktu bekerja.

Tindakannya itu dianggap sebagai pelanggaran disiplin tetapi siasatan dalaman mendapati prestasi kerjanya langsung tidak terjejas.

Menurut laporan media antarabangsa, pekerja yang dikenali sebagai Florence itu sering mengambil rehat singkat di tengah waktu bekerja untuk menikmati aiskrim di luar ruang pejabat.

Perbuatannya itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pihak pengurusan yang turut menganggap ia melanggar peraturan syarikat kerana meninggalkan tempat kerja tanpa keperluan.

Aiskrim dipercayai dapat memberikan keseronokan.

Florence kemudian dimaklumkan bahawa dia berdepan risiko dipecat atas alasan gagal mematuhi disiplin yang ditetapkan syarikat.

Sebelum sebarang keputusan dibuat, Jabatan Sumber Manusia (HR) menjalankan siasatan bagi menilai sama ada tabiat tersebut benar-benar memberi kesan terhadap prestasi kerjanya.

MENARIK DIBACA: Cari segera 2 minuman ini jika seseorang terkena strok haba

MENARIK DIBACA: Gigih giling cili, sambal ikan bilis Villatic Foods buat orang Malaysia terliur

Hasil siasatan mendapati Florence tetap menyiapkan semua tugasan mengikut jadual, memenuhi sasaran yang ditetapkan serta tidak menjejaskan produktiviti mahupun prestasi pasukannya.

Seorang wanita hampir dipecat selepas didakwa melanggar peraturan mengambil rehat singkat untuk menikmati aiskrim.

Pihak HR kemudian membangkitkan persoalan sama ada isu sebenar adalah prestasi kerja atau sekadar tindakan Florence dilihat tidak memenuhi jangkaan pengurusnya.

Susulan kes itu, syarikat mengambil keputusan untuk mengubah pendekatan terhadap peraturan di tempat kerja dengan memberikan lebih fleksibiliti kepada pekerja.

Daripada memantau setiap minit yang dihabiskan di meja kerja, syarikat kini lebih menilai hasil dan produktiviti seseorang pekerja. 

Rehat singkat untuk menikmati aiskrim dianggap setara dengan waktu rehat yang lazim diambil pekerja lain seperti keluar untuk merokok, selagi tanggungjawab disempurnakan dengan baik.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Semua alat jenis besi! Ini 6 sebab orang India cukup sinonim dengan perkakas dapur 'stainless steel'

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Momen

Tiga pilihan keju Bega baharu kini di pasaran Malaysia

Terhangat