KUALI | Trending

Rendang tak masuk 'list' sajian tradisi raya di Kelantan, jika hidang dianggap 'rare'

Lead Image

RENDANG memang menjadi juadah yang cukup sinonim dengan Aidilfitri,

Pendek kata sambutan hari raya terasa tidak lengkap tanpa rendang tak kira sama ada ayam atau daging.

Selalunya, rendang akan dimakan bersama ketupat atau rendang tapi ada juga menjadikannya sebagai lauk untuk dimakan bersama dengan nasi atau nasi impit.

Bagaimanapun di Threads, hidangan rendang tular apabila juadah lazat itu dikatakan bukanlah sajian tradisi Aidilfitri di negeri Kelantan.

Seorang penduduk di Kelantan bersetuju bahawa rendang bukan makanan tradisi raya di sana.

Menurut seorang individu, di Kelantan rendang bukan menjadi juadah utama dengan kebanyakan penduduk di sana tidak menyediakan hidangan tersebut di pagi raya.

"Sebagai individu yang membesar di Kelantan, saya bersetuju dengan kata rendang bukan tradisi makanan raya orang Kelantan.

"Rendang bukan makanan tradisi kami ketika menyambut hari raya," ujarnya.

MENARIK DIBACA: Aroma ayam tumis bunga kantan bangkit selera, perut kenyang boleh berkeroncong

MENARIK DIBACA: Tepung pelita cara Che Sayang sangat mudah dibuat, boleh guna bekas plastik ganti daun pisang

Menurut invividu itu lagi, lazimnya masyarakat di Pantai Timur akan menyediakan juadah seperti nasi dagang, nasi minyak dan gulai kuzi ayam yang dimakan bersama roti jala ketika lebaran.

Bagaimanapun, penduduk di sana masih kenal rendang, cuma makanan tersebut tidak dianggap sebagai juadah di raya.

"Bukan tidak kenal rendang, kenal tapi bukan makanan raya Kelantan.

"Bakar lemang malam raya juga bukan tradisi di Kelantan," katanya.

Masyarakat di Kelantan lebih gemar menghidangkan nasi dagang dan gulai kuzi dimakan bersama roti jala.

Ternyata ramai warga Kelantan bersetuju dengan perkongsiannya, namun bagi orang luar, ramai juga mengakui bahawa mereka baru tahu tentang perkara ini.

"Betul, antara yang wajib ada di pagi raya ketupat palas, tapai, nasi kapit, nasi dagang dengan nasi minyak.

"Ada juga rumah masak rendang, tapi jarang-jarang," kata seorang lagi netizen.

Seorang pengguna Threads meraikan kepelbagaian makanan di setiap negeri.

Bagaimanapun, disebabkan semakin banyak perkahwinan campur selain ramai orang luar berhijrah ke Kelantan, sesetengah rumah mula menghidangkan rendang ketika Aidilfitri.

"Keluarga saya sejak ada abang ipar (orang luar Kelantan), barulah rendang masuk dalam menu hari raya.

"Sebelum ini keluarga saya tak pernah hidangkan rendang, tapi lepas saya kerja luar Kelantan, setiap kali raya saya akan masak rendang untuk diri sendiri," antara komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Menu raya di Johor cuma ada lontong? Anak jati tampil bagi 'list' sajian sepanjang Syawal

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Jaga pemakanan, jangan sampai terkena 5 penyakit popular musim raya

Terhangat