KUALI | Trending

Jaga pemakanan, jangan sampai terkena 5 penyakit popular musim raya

Lead Image

MUSIM raya sememangnya dinanti-nantikan kerana ia memberi peluang untuk kita menikmati pelbagai juadah ketika menziarahi rumah sanak saudara atau kenalan.

Sama ada rendang enak berlemak atau kuih-muih manis, ramai yang makan bersungguh-sungguh apa yang dihidangkan tuan rumah dari pagi hingga ke malam.

Tapi perasan tak selepas seharian sakan beraya, ramai berasa letih, kembung perut atau tidak selesa?

Rasa tidak selesa ini sebenarnya berkait rapat dengan perubahan rutin harian yang drastik selepas sebulan berpuasa.

Makan berlebihan, kurang tidur, pengambilan air yang tidak mencukupi, serta kurang bergerak boleh memberi kesan kepada tubuh walaupun semua itu dilakukan dalam suasana perayaan yang menggembirakan.

Berikut adalah lima masalah kesihatan yang sering dilaporkan selepas Aidilfitri berdasarkan maklumat daripada Public Health Malaysia:

Pemakanan berlemak berlebihan boleh menyebabkan perut tidak selesa.

1. Gastrik dan refluks asid

Pengambilan makanan berlemak, pedas dan manis secara berlebihan boleh menyebabkan perut tidak selesa. 

Sesetengah individu mengalami gastrik atau refluks asid menyebabkan pedih ulu hati, sendawa berlebihan dan rasa loya.

MENARIK DIBACA:  Cadangan tanam sayur oleh Mat Sabu susulan konflik Asia Barat dikritik netizen – “Duduk flat tiada tanah macam mana?”

MENARIK DIBACA: Tak susah pun! Lelaki ini kongsi step untuk 'beginner' mahu belajar tanam sayur di rumah

Makanan yang dimasak dalam kuantiti banyak berisiko menyebabkan keracunan.

2. Cirit birit dan keracunan makanan

Makanan yang tidak disimpan atau dimasak dengan betul boleh menyebabkan cirit-birit dan keracunan makanan. 

Gejala termasuk sakit perut, muntah dan dehidrasi mungkin turut berlaku. 

Perkara ini sering berlaku apabila hidangan raya disediakan dalam kuantiti banyak dan dibiarkan terlalu lama sebelum dimakan.

Pengambilan makanan atau minuman manis boleh menaikkan paras gula darah.

3. Gula darah naik mendadak

Bagi mereka yang mengambil makanan manis dan minuman bergula secara berlebihan, paras gula dalam darah boleh meningkat mendadak. 

Situasi ini amat berisiko untuk pesakit diabetes atau mereka yang mempunyai kecenderungan untuk diabetes.

Makan tinggi garam boleh menyebabkan tekanan darah meningkat.

4. Tekanan darah meningkat

Makanan tinggi garam, daging proses dan kurang air menyebabkan tekanan darah meningkat. 

Individu dengan hipertensi mungkin pening atau sakit kepala semasa atau selepas beraya.

Pesakit gout perlu berhati-hati dan jangan terlebih makan.

5. Serangan gout

Gaya pemakanan yang kaya dengan makanan laut, daging merah dan minuman manis boleh mencetuskan serangan gout. 

Sendi terutama di kaki dan tangan boleh menjadi bengkak, merah dan sakit teruk.

Tip penjagaan kesihatan ketika perayaan

  1.  Minum air secukupnya untuk elak dehidrasi.
  2.  Makan secara sederhana dan seimbang.
  3.  Kembali kepada rutin tidur dan aktiviti fizikal biasa.
  4.  Pantau simptom gastrik, tekanan darah dan paras gula.
  5.  Dapatkan rawatan awal jika simptom berterusan atau teruk.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Rendang tak masuk 'list' sajian tradisi raya di Kelantan, jika hidang dianggap 'rare'

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Dulu makanan famili, kini jual beribu biji! Lemang periuk kera kekal eksotik di Aidilfitri

Terhangat