info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Selebriti

Noor Nabila jadi perhatian, didakwa masak ayam hitam berharga RM800 seekor

Lead Image

VIDEO usahawan dan pempengaruh Noor Nabila memasak sup ayam hitam mencuri perhatian ramai di media sosial.

Lebih mengejutkan, seekor ayam berkenaan didakwa berharga RM800 sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

"Noor Nabila masak ayam hitam harga RM800 seekor! Yang masa hidup makan jagung je. Kau ada? Nabila je mampu," tulisnya.

Ayam hitam premium ini mempunyai baka istimewa.

Hantaran mengenai harga ayam tersebut mengundang persoalan netizen.

"Bapa mentua saya Chinese Sarawak. Dia selalu kirimkan ayam hitam dekat anaknya, berekor-ekor ayam hitam dia bekalkan, takkanlah seekor RM800? Kalau dia bekalkan 4-5 ekor, beribulah? Mustahil.

"Di Singapura pasar banyak jual yang halal murah tak sampai S$10 kita masak sup campur ubat Cina halal orang susah pun mampu beli.

"Dari kecil kami dibesarkan dalam family Chinese memang selalu masak sup ayam hitam. Ayam memang makan jagung je masa hidup, takde pun sampai RM800," antara komen netizen.

Di sebalik kisah harganya yang luar biasa, ayam hitam itu sebenarnya mempunyai faktanya tersendiri. 

1. Bukan ayam kampung biasa

Ayam hitam dimasak Noor Nabila dipercayai dari baka premium menjadikan ayam itu dianggap sebagai makanan eksklusif justeru dijual pada harga jauh lebih tinggi berbanding ayam biasa.

2. Dibesarkan dengan diet khas

Antara faktor menyebabkan harganya mahal ialah cara penternakannya. Ayam itu lazimnya diberi makanan semula jadi seperti jagung, bijirin dan herba tertentu tanpa penggunaan hormon tumbesaran sekali gus menghasilkan daging lebih padat dan berkualiti.

3. Bekalan terhad, permintaan tinggi

Ayam hitam premium tidak diternak secara besar-besaran seperti ayam komersial. Tempoh pembesarannya juga lebih lama, menyebabkan bekalannya terhad sedangkan permintaan daripada restoran mewah dan pengguna yang mementingkan kualiti terus meningkat.

MENARIK DIBACA: Biji nangka tinggi khasiat... Boleh jadi snek, kisar bubuh dalam sup, kari pun sedap

MENARIK DIBACA: Tak pernah tahu harga rambutan, wanita syak ditipu penjual- "Takkan RM30 satu beg?"

4. Dipercayai kaya khasiat

Dalam perubatan tradisional Asia, ayam hitam sering dijadikan bahan utama dalam sup berkhasiat kerana dipercayai mengandungi kandungan protein, zat besi dan kolagen tinggi. 

5. Harga bergantung kepada baka dan sumber

Tidak semua ayam hitam dijual pada harga ratusan ringgit. Nilainya bergantung kepada baka, negara asal, kaedah penternakan dan sama ada ia diimport atau diternak secara tempatan. 

Ayam hitam ini ada sejarah dan keistimewaan tersendiri.

6. Baka ayam berbeza 

Terdapat tiga jenis baka berbeza, iaitu ayam Silkie (Wu Gu Ji) dari China yang banyak digunakan dalam masakan tradisional masyarakat setempat.

Selain itu, ayam Kadaknath berasal dari India pula mempunyai daging berwarna hitam dan terkenal kerana kandungan lemaknya rendah.

Berbeza pula dengan ayam Cemani atau Selasih dari Indonesia, hampir keseluruhan tubuhnya berwarna hitam termasuk bulu, kulit, paruh dan tulang.

Namun baka ini lebih popular sebagai ayam hiasan atau baka eksotik berbanding ayam untuk masakan.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
play
KUALI | Selebriti

[V] Iman Troye tak setuju Gen-Z tak pandai masak, cuma tahu 'order' makanan online

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Selebriti

[V] "Bagi pasta, croissant saya tetap cari nasi" - Scha Alyahya mengaku 'tekak Melayu'

play

Terhangat