KUALI | Menu Viral

Resipi biskut goreng dengan telur semakin dilupakan, boleh cuba buat mana tahu anak suka

Lead Image

BOLEH dikatakan ramai menggemari biskut kering kerana tekstur rangup dan nipis selain boleh dinikmati tanpa mengira waktu. 

Ada yang suka makan biskut kering ketika sarapan pagi untuk dicicah bersama air teh atau kopi - ada juga jadikan sebagai kudap-kudap petang hari. 

Biskut boleh jadi snek rangup menyelerakan pada bila-bila masa, memang nikmat.

Tapi hidangan biskut kering dengan telur goreng, tak ramai yang tahu resipi klasik itu sebenarnya enak untuk dicuba. 

Resipi senang tapi mengenyangkan boleh dicuba.

Biskut kering digoreng bersama telur sebenarnya antara sajian klasik dihidangkan untuk mengalas perut sedap dijamu begitu sahaja ketika masih panas.

Baru-baru ini, satu video ringkas dikongsikan individu dikenali sebagai Teh Ais Panas memaparkan resipi biskut kering goreng dengan telur dibuat oleh sepupunya mencuri tumpuan warga maya. 

Menerusi ruangan kapsyen, tulisnya biskut Hup Seng telur disediakan sepupunya sedap jika cicah dengan sos cili.

“Sepupu saya buat, sumpah sedap. Tak sangka biskut kering boleh jadi masakan,” kongsinya. 

MENARIK DIBACA: Influencer kurus amal ‘lalapan platter’, bukti ulam-ulaman pun boleh turunkan berat badan

MENARIK DIBACA: Tak guna daging pun sedap, burrito tauhu menu ‘win’ untuk diet

Perkongsian ringkas itu mendapat lebih 40 ribu tanda suka dan ramai berkongsi pengalaman mereka mencuba menu itu sebelum ini. 

Video yang pada mulanya nampak ringkas ini telah mencuri perhatian ramai kerana kreativiti dan kelainannya dalam memasak telur goreng.

Ada juga yang memberitahu resipi itu antara sajian legend yang pernah dihidangkan oleh ibu dan jiran. 

Ringkas menggunakan biskut kering dengan telur.

Tak kurang ada netizen ingin mencuba sendiri resipi berkenaan. 

Resipi biskut klasik itu sebenarnya mudah, hanya menggunakan empat bahan, minyak menggoreng, biskut kering, sebiji telur dan sedikit serbuk lada hitam boleh dapat satu sajian unik. 

Caranya, panaskan kuali, tuang minyak, pecahkan telur dalam mangkuk, tambah serbuk lada hitam dan kacau kemudian celup biskut dalam bancuhan telur lalu goreng. 

Begitu sahaja teknik Biskut kering goreng dengan telur, anda pula bagaimana boleh ke tekak menerima sajian pelik?

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Viral

Dulu banyak negara larang penggunaan belacan, sekarang jadi bahan utama restoran mewah di Barat

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Viral

Turun 15 kilogram selepas bersalin, pempengaruh Miyabell kongsi cara diet tanpa perlu berlapar

Terhangat