Sanggup kena marah, asal dapat beli... Masih ingat 10 jajan popular era 90-an ini?
BERBEZA dengan zaman sekarang, makanan ringan atau jajan adalah sumber kebahagiaan paling besar bagi setiap kanak-kanak.
Maklum sahaja pada zaman dahulu masih belum ada gajet dan membeli jajan adalah aktiviti wajib terutamanya selepas habis sekolah.
Tapi bila lihat semula jenis jajan masa kini, terasa betul-betul nostalgia zaman dahulu penuh warna-warni sampai rasa macam dah tua pula!
MENARIK DIBACA:Tertekan kena marah sebab lembab, pekerja restoran segera ‘kantoi’ ludah burger pelanggan
MENARIK DIBACA: Satu gigitan cair di dalam mulut, keenakan putu piring memang tak boleh tolak
Silap-silap, ada antara anda yang mungkin langsung tak kenal jajan legend popular pada era 90-an ini.
Jomlah, Kuali bawa anda ‘throwback’ ke zaman jajan viral 90-an yang pernah buat duit belanja harian habis dan kadang-kadang kena marah mak ayah sebab terlalu banyak membeli!

1. Se7en eyeglass candy
Gula-gula keras berbentuk bingkai cermin mata unik dan menarik perhatian, mempunyai lapisan coklat yang lazat serta inti coklat manis.

2. Gula-gula asam boi
Gula-gula asam boi sangat digemari kerana gabungan rasa masam dan manisnya memberikan rasa ketagih setiap kali menikmatinya.
Teksturnya hadir dengan kombinasi antara yang keras dan lembut membolehkan setiap orang memilih sesuai dengan citarasa masing-masing.
Pilihan paling ideal buat sesiapa sahaja dan mudah didapati di kedai-kedai runcit dan pasar malam.

3. Haw flakes
Haw flakes ialah snek tradisional yang sangat digemari kerana rasanya manis dengan sedikit rasa masam menyegarkan.
Teksturnya nipis,bersaiz duit syiling 10 sen dan mudah larut dalam mulut membuatkan ia mudah dinikmati pada bila-bila masa tanpa rasa muak.
Dibuat daripada buah hawthorn asli, Haw Flake bukan sahaja sedap tetapi juga dipercayai mempunyai beberapa khasiat kesihatan.

4. Super 88 bubble gum
Merupakan gula-gula getah yang sangat digemari kerana rasanya manis dan tahan lama membolehkan anda kunyah dengan puas tanpa cepat hilang rasa.
Teksturnya yang lembut dan kenyal memudahkan kana-kanak meniup gelembung besar yang menyeronokkan.
Dengan aroma buah-buahan yang menyegarkan ia menjadikan setiap kunyahan lebih memuaskan.

5. Funny stick candy lolipop
Gula-gula ini menarik kerana ia mempunyai pelbagai perisa seperti buah-buahan, soda dan bubble gum.
Teksturnya yang keras, lembut dan mudah cair di mulut memang enak rasanya dan memuaskan.

6. Biskut kapal terbang
Biskut ini biasanya berwarna kemerahan dan berbentuk kapal terbang unik dan biasanya datang dalam pek plastik besar atau tin.
Walaupun warnanya kemerahan, rasanya sangat sedap, manis dan tidak pedas.

7. Keropok jagung BinBin
Keropok ini mempunyai rasa manis-manis masin ringan dengan sedikit rasa soya atau perisa laut (seaweed flavour bergantung pada jenis).
Didatangkan dalam pek kecil dengan dua keping setiap bungkus ianya senang dibawa ke mana-mana dan sesuai dijadikan snek cepat.

8. Nini biskut stick
Produk ini hadir dalam pelbagai perisa seperti coklat, strawberi, kacang mentega, blueberry dan keju dan disajikan dalam bekas berbentuk gelas kecil memudahkan anda mencelup stik dan makan dengan cara yang lebih bersih dan mudah.
Lapisan krim seperti coklat atau strawberi berkrim mencipta rasa manis yang kaya dan tekstur menyenangkan bila dicelup dan dimakan bersama biskut.

9. Biskut manis warna warni/ aiskrim
Biskut ini kecil dan dihiasi dengan gula icing berwarna-warni seperti merah jambu, kuning, hijau, putih yang menyerupai aiskrim mini.
Bahagian bawah biskut rangup dan ringan manakala topping icing keras di luar tetapi cair perlahan-lahan dalam mulut .
Biskut ini biasanya dibeli di kedai runcit kampung atau boleh di dapati semasa pergi kenduri mahupun sambutan hari jadi.

10. Aiskrim pop
Harganya yang mampu milik dijual pada harga sekitar 50 sen hingga RM1 sebatang, sangat sesuai dinikmati kekita waktu panas.
Rasanya pula tidak terlalu manis dijual dalam pelbagai perisa seperti durian, vanila coklat, anggur, sarsi, tutti-frutti dan lain-lain.