KUALI | Selebriti

Turun 15 kilogram selepas bersalin, pempengaruh Miyabell kongsi cara diet tanpa perlu berlapar

Lead Image

MENJAGA berat badan selepas bersalin bukanlah perkara mudah bagi kebanyakkan wanita terutama apabila rutin harian berubah selain tubuh dalam proses pemulihan.

Maka tidak hairanlah ramai yang mengalami peningkatan berat badan sehingga bentuk badan berubah dengan ketara.

Namun lain pula cerita pempengaruh Miyabell yang berjaya menurunkan berat badan dengan hanya mengamalkan menu berasaskan ulam-ulaman tradisional dalam diet harian.

"Awal-awal lepas beranak dulu saya banyak juga makan. Tapi saya mula kawal portion sejak lepas pantang.

Menu diet berkenaan mampu memberi tenaga tambahan terutama ketika fasa menyusukan anak.

"Saya makan macam ini untuk lunch berat turun sekilogram dalam seminggu. Sekarang berat saya dah turun 15 kilogram," katanya.

Pempengaruh itu berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran video mukbang memaparkan dirinya sedang menikmati hidangan berkenaan.

Miyabell pernah mencuri perhatian warganet apabila menu dietnya terdiri daripada pelbagai jenis ulam seperti paku rawan, peria Bangladesh, dan jantung pisang rebus yang digandingkan bersama sambal tempoyak.

MENARIK DIBACA: Influencer kurus amal ‘lalapan platter’, bukti ulam-ulaman pun boleh turunkan berat badan

MENARIK DIBACA: Tak guna daging pun sedap, burrito tauhu menu ‘win’ untuk diet

Tambahnya lagi, menu sihat bukan sahaja membantu menurunkan berat badan, malah memberi tenaga tambahan terutama ketika fasa menyusukan anak.

"Badan bertenaga sangat, tak rasa lesu walaupun bangun malam setiap 2-3 jam.

"Saya buat menu ini untuk galakkan orang banyakkan makan real food dan bukan jajan. Banyakkan makan sayur dalam kehidupan seharian.

"Jadi tiada isu pun kalau nak makan ikan goreng, ayam goreng atau sotong goreng. Janji real food," ujarnya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Selebriti

Dulu banyak negara larang penggunaan belacan, sekarang jadi bahan utama restoran mewah di Barat

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Selebriti

Mangga kering banyak manfaat, nak selamat pilih tanpa gula tambahan dan pengawet 

Terhangat