Ahli farmasi tegur wanita gemar minum matcha, boleh jadi sebab kitaran haid tidak teratur
POPULARITI matcha semakin meningkat sehinggakan ia menjadi trend dan gaya hidup terutama dalam kalangan anak muda.
Tidak hanya sebagai minuman, matcha mengalami revolusi termasuk pencuci mulut seperti kek menggunakan bahan berkenaan.
Daripada segi manfaat kesihatan, matcha yang diperbuat daripada daun teh hijau dan difermentasi selama 20 hingga 30 hari itu diperakui baik untuk meningkatkan fungsi otak.
Bahkan kajian turut mendapati matcha memiliki manfaat lain seperti mengurangkan risiko kanser, menjaga kesihatan usus dan membantu mengawal gula dalam darah.

Namun dalam kebaikan tersembunyi juga keburukan matcha jika diambil secara berlebihan terutama bagi golongan wanita.
Seorang ahli farmasi menerusi akaun Tiktok @syahfarmasi menasihatkan golongan wanita mengawal kuantiti pengambilan matcha kerana ia dipercaya boleh menggangu kitaran haid.
Kata Shah, matcha mengandungi kafein yang tinggi yang boleh menganggu keseimbangan hormon dan memberi kesan kepada kitaran haid.
MENARIK DIBACA: Ada rahsia buat teh tarik berlemak, sekali hirup memang boleh ketagih
MENARIK DIBACA: Jom kenali 10 jenis cendawan, bukan jenis tiram dan butang saja enak dimakan
“Satu cawan matcha boleh mengandungi sekitar 70 miligram (mg) kafein.
"Pengambilan secara berlebihan boleh mengganggu hormon wanita, menjejaskan ovulasi dan menyebabkan kitaran haid tidak stabil,” katanya dalam video tersebut.
Selain mengganggu kitaran haid, pengambilan matcha secara berlebihan juga boleh memburukkan gejala PMS (sindrom prahaid) seperti senggugut, sakit kepala dan perubahan mood.

Sehubungan itu, Syah menasihati wanita yang mengalami kitaran haid tidak teratur untuk berhenti mengambil minuman atau makanan berasaskan matcha selama satu hingga dua bulan bagi memantau tindak balas badan.
Bukan itu sahaja, Syah juga berkongsi bahawa wujud sebahagian individu yang merasakan gelisah dan berdebar-debar setiap kali mengambil minuman matcha.
Hal ini kerana kandungan kafein dalam matcha lebih tinggi berbanding teh hijau biasa.
Pengambilan matcha secara berlebihan boleh mengganggu hormon wanita
Syah
Pengambilan kafein yang berlebihan akan merangsang sistem saraf, meningkatkan degupan jantung, serta melepaskan hormon stres seperti kortisol dan adrenalin.
Apabila paras kortisol meningkat tanpa sebab fizikal yang jelas, otak kita akan menganggapnya sebagai “bahaya”.
Kesannya, kita akan mula berasa gelisah, sukar fokus, dan tangan menjadi berpeluh.