KUALI | Menu Viral

Tikus, burung unta antara 5 menu eksotik popular... Penggemar yakin ada khasiatnya

Lead Image

SUMBER protein seperti ayam, lembu, kambing dan ikan adalah pilihan biasa buat ramai orang di seluruh dunia.

Bagaimanapun ada sesetengah masyarakat menjadikan daging eksotik sebagai sumber protein utama mereka.

Pada kebanyakan orang ia luar biasa tetapi bagi mereka pula ia adalah perkara normal memakan daging eksotik.

Daripada buaya bersisik hingga ular berkulit licin, setiap jenis daging menawarkan pengalaman rasa berbeza.

Berikut adalah 5 senarai daging ekstrem popular di pelbagai tempat:

Daging buaya panggang adalah makanan jalanan yang popular di pasar malam Thailand. - Getty Images/iStockphoto

1. Buaya

Daging buaya mungkin kedengaran melampau, tetapi bagi penggemar daging putih ia boleh menjadi pilihan yang menarik. 

Daging ini mengandungi tinggi protein, rendah lemak dan apabila dimasak dengan betul, ia lembut dan berair.

Rasa daging buaya sering dibandingkan dengan ayam, ketam atau daging lembu. 

Malangnya, daging ini sering dijadikan gimik semata-mata tanpa teknik memasak yang betul kerana rasanya boleh menjadi cukup memuaskan.

Daging buaya agak popular di Asia, terutamanya di Thailand, di mana daging buaya panggang adalah makanan jalanan yang popular di pasar malam.

MENARIK DIBACA: Telur dadar kedai Thai memang sedap lain macam, bancuhan bersama air soda dan kicap bukit rahsianya

MENARIK DIBACA:[V] Aromanya cukup buat perut berbunyi, kayu pokok rambutan rahsia daging salai sedap

Daging ular juga digunakan sebagai topping pizza bersama buaya dan daging katak dalam hidangan dikenali sebagai Everglades Pizza.

2. Ular

Daging ular amat popular di China, Vietnam dan beberapa kawasan di Amerika Selatan. Rasanya hampir boleh disamakan dengan ayam atau ikan putih bertekstur lembut dan kenyal.

Walaupun hidangan ini mungkin menakutkan bagi sesetengah orang, tetapi ramai menikmatinya dalam masakan sup, sate atau digoreng. 

Bagi yang pernah mencubanya, rasanya dikatakan mirip daging lembu cuma sedikit lebih keras.

Cabaran utama ialah memasak daging ular sawa kerana jika tidak dimasak dengan betul, teksturnya boleh menjadi keras dan bergetah. 

Di Florida, daging ular juga digunakan sebagai topping pizza bersama buaya dan daging katak dalam hidangan dikenali sebagai Everglades Pizza.

Daging burung unta mengandungi rendah lemak, kolesterol dan kalori menjadikannya pilihan yang lebih sihat.

3. Burung unta

Menariknya, burung unta menghasilkan daging merah lebih gelap daripada daging lembu.

Daging ini mengandungi rendah lemak, kolesterol dan kalori menjadikannya pilihan yang lebih sihat.

Rasanya agak serupa dengan daging lembu sehinggakan sesetengah orang sukar untuk membezakannya kerana ia rendah lemak dan cenderung cepat kering jika dimasak terlalu lama.

Daging kanggaru kaya dengan zat besi, zink dan omega-3 serta mempunyai tekstur lembut.

4. Kanggaru

Seperti daging lembu atau daging kambing, banyak pasar raya menjual potongan kanggaru untuk hidangan harian di Australia. 

Walau bagaimanapun di negara lain, daging ini kekal unik dan dianggap eksotik kerana mempunyai rendah lemak dan tinggi protein. 

Daging ini juga kaya dengan zat besi, zink dan omega-3 serta mempunyai tekstur lembut dan rasa lazat apabila disediakan dengan betul. 

Walaupun sesetengah orang mungkin keberatan memakannya, penting diingat bahawa kanggaru sering dianggap sebagai perosak di Australia kerana populasinya yang tinggi.

Daging tikus liar biasanya dijadikan jamu tradisional oleh suku di Asia Tenggara.

5. Tikus liar

Beberapa suku di Asia Tenggara menganggap daging tikus liar sebagai makanan tradisional yang kaya dengan protein. 

Masyarakat setempat juga percaya bahawa daging haiwan liar tertentu mempunyai khasiat kesihatan dan digunakan sebagai jamu tradisional.

Tekstur dan rasa daging bergantung kepada cara penyediaannya dan ia sering dimakan sebagai hidangan unik.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Viral

Ahli farmasi tegur wanita gemar minum matcha, boleh jadi sebab kitaran haid tidak teratur

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Viral

Kubis goreng memang buat ketagih, tapi awas boleh jadi penyebab kanser usus

Terhangat