info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Manisan

Cheesekut versi kraker masin enak lain macam! Mudah dibuat, tak perlu bakar

Lead Image

KALAU sebelum ini anda buat 'cheesekut' guna biskut manis, apa kata cuba berikan kelainan dengan menggunakan kraker masin pula.

Kombinasi krim keju lemak dan susu pekat manis bersama sedikit rasa masin daripada biskut menghasilkan rasa berbeza.

Teksturnya pula lembut dan berkrim, manakala lapisan biskut memberikan sedikit rasa rangup apabila dinikmati.

Menariknya, resipi dikongsikan pengguna Threads, Elara Fel ini tidak memerlukan banyak bahan atau proses rumit.

Hanya gaul bahan krim, susun bersama biskut dan sejukkan sebelum dipotong, cukup mudah untuk dicuba.

Cheesekut ini juga sesuai dijadikan pencuci mulut ringkas untuk keluarga.

Bagi yang mahu mencuba, berikut bahan-bahan dan langkah penyediaan cheesekut yang mudah.

Lapisan krim keju bersama biskut kraker disusun berulang kali sebelum disejukkan dan dipotong mengikut saiz kesukaan.

Bahan-bahan 

  • 500 gram krim keju
  • 1 tin susu pekat
  • 3 bungkus biskut kraker masin
  • Keju secukupnya

MENARIK DIBACA: Minuman kafe Amazon paling laris ikut 'ranking', ramai pelancong Malaysia 'repeat'

MENARIK DIBACA: Pastri sanggup bayar mahal, kuih tradisi nak murah gila-gila! Pelanggan disaran ubah mentaliti lapuk

Langkah penyediaan

  1. Alas loyang, alas plastik supaya cheesekut lebih mudah dikeluarkan selepas disejukkan.
  2. Masukkan krim keju dan susu pekat ke dalam mangkuk.
  3. Kacau kedua-dua bahan menggunakan pemukul tangan sehingga sebati dan berkrim.
  4. Sapu sedikit campuran krim keju dan susu pekat ke dalam loyang. Ratakan sehingga menjadi satu lapisan yang sekata.
  5. Susun biskut kraker masin sehingga memenuhi seluruh permukaan loyang.
  6. Ulang langkah menyapu campuran krim keju dan menyusun biskut sehingga mencapai ketebalan yang diinginkan.
  7. Taburkan keju di bahagian atas sebagai lapisan terakhir. 
  8. Masukkan loyang ke dalam peti sejuk dan biarkan sehingga cheesekut mengeras serta mudah dipotong.
  9. Setelah siap, keluarkan dan potong mengikut saiz yang disukai sebelum dinikmati.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Manisan

Cara orang lama buat kek sarang semut, mudah sangat cuma guna 'rice cooker'

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Manisan

Krim lemon berlemak, nikmat dimakan sejuk! Cuma guna 3 bahan, tak perlu bakar

Terhangat