info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Manisan

Cara orang lama buat kek sarang semut, mudah sangat cuma guna 'rice cooker'

Lead Image

KEK sarang semut memang mempunyai peminatnya sendiri. 

Tekstur bersarang cantik, ditambah pula rasa manis karamel serta aroma harum membuatkan kek ini sedap dinikmati sama ada begitu sahaja, juga bersama secawan kopi atau teh.

Seorang wanita berkongsi resipi kek sarang semut yang baru dipelajarinya daripada bakal ibu mentua.

“Kek sarang semut ni saya belajar buat dengan bakal mak mentua minggu lepas.

“Nah saya bagi resepi turun temurun yang I dapat dari bakal mak mentua,” tulisnya menerusi Threads.

Resipi ini juga sesuai untuk yang tidak mempunyai ketuhar di rumah kerana hanya perlu dimasak menggunakan 'rice cooker'.

Berikut dikongsikan resipi penuh:

Perkongsian resipi menerusi laman Threads.

Bahan-bahan

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 1 cawan tepung gandum
  • 5 biji telur gred C
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 3 sudu besar minyak masak
  • ⅓ cawan susu pekat

MENARIK DIBACA: Ini cara buat kek gula hangus paling mudah, hasilnya pasti gebu dan cantik 'bersarang'

MENARIK DIBACA: Rambang mata dibuatnya! ‘Syurga’ kek klasik ada di Taman Melawati

Cara penyediaan

  1. Masak gula menggunakan api kecil sehingga bertukar warna perang.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga sebati. Tutup api dan ketepikan.
  3. Pukul telur sehingga sebati.
  4. Masukkan susu pekat dan kacau rata.
  5. Masukkan air gula yang sudah ditapis ke dalam adunan telur. Kacau sehingga sebati.
  6. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat, kemudian masukkan ke dalam adunan.
  7. Kacau sehingga semua bahan sebati, kemudian tapis adunan.
  8. Tuang adunan ke dalam 'rice cooker'.
  9. Masak sehingga butang 'rice cooker' bertukar kepada 'Warm'.
  10. Biarkan kek seketika sebelum dikeluarkan dan dipotong.

     

     

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Manisan

[V] Biskut dadu coklat tabur snek 'homemade' comel untuk si kecil

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Manisan

Cheesekut versi kraker masin enak lain macam! Mudah dibuat, tak perlu bakar

Terhangat