info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Manisan

[V] Biskut dadu coklat tabur snek 'homemade' comel untuk si kecil

Lead Image

TERINGIN nak makan biskut coklat tapi mahukan resipi mudah dan tak menggunakan banyak bahan?

Biskut dadu coklat tabur ini mungkin boleh jadi pilihan.

Hanya menggunakan tiga bahan utama iaitu biskut coklat, sapuan coklat dan serbuk koko, anda sudah boleh menghasilkan kudapan manis yang comel dan menyelerakan.

Bukan sahaja mudah disediakan, rupa biskut yang kecil ini pasti membuatkan anak-anak teruja untuk mencubanya.

Manisan yang menggunakan tiga bahan sahaja.

Bahan-bahan

  • 10 keping biskut coklat
  • Sapuan coklat (choki-choki)
  • Serbuk koko

MENARIK DIBACA: Baki 'fresh milk' jangan dibuang, boleh buat kek susu puding... Mudah, cuma guna bahan ringkas

MENARIK DIBACA: Buat malam, pagi makan! Chia seeds yogurt sarapan ringkas, enak dan berkhasiat

Langkah penyediaan

  1. Masukkan biskut coklat ke dalam plastik dan hancurkan sehingga halus.
  2. Tuang ke dalam mangkuk, lalu masukkan sapuan coklat secukupnya.
  3. Gaul campuran tadi sehingga menjadi doh.
  4. Bentukkan menjadi kotak lalu potong kecil-kecil menjadi seperti dadu.
  5. Susun di atas pinggan dan taburkan serbuk koko menggunakan penapis.
  6. Siap dan sedia untuk dihidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Manisan

Penangan kuih lopes! Baru hidu bau pandan, gula merah perut terus rasa lapar

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Manisan

Cara orang lama buat kek sarang semut, mudah sangat cuma guna 'rice cooker'

Terhangat