info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Manisan

Baki 'fresh milk' jangan dibuang, boleh buat kek susu puding... Mudah, cuma guna bahan ringkas

Lead Image

APABILA ada lebihan susu segar di rumah, pasti ramai yang bingung hendak buat apa. 

Daripada membiarkannya tersimpan terlalu lama di dalam peti sejuk, apa kata manfaatkan susu tersebut untuk menghasilkan hidangan pencuci mulut lembut dan menyelerakan.

Tidak memerlukan banyak bahan, proses penyediaannya juga cukup mudah untuk dicuba oleh sesiapa sahaja termasuk mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia masakan.

Menariknya, penggunaan tepung jagung dan perisa vanila menjadi antara rahsia utama resipi ini. 

Bahan-bahan tersebut membantu menghasilkan tekstur lebih lembut, gebu dan sedikit kenyal, menjadikan hidangan lebih sedap dan menyenangkan apabila dinikmati.

Berikut adalah bahan-bahan dan cara penyediaan lengkap untuk anda cuba sendiri di rumah:

Lebihan susu segar boleh menjadi idea pencuci mulut enak.

Bahan-bahan

  • 300ml susu segar
  • 3 biji telur
  • 50g gula
  • 15g mentega
  • Tepung jagung 
  • Sedikit perisa vanila

MENARIK DIBACA: Jus rasa bawang dan cili? Hilangkan bau degil pengisar dengan 5 bahan ini

MENARIK DIBACA: Tak perlu guna racun serangga, serbuk kopi dan daun pandan cara mudah singkirkan kamitetep

Cara penyediaan

  1. Masukkan susu segar, telur, gula, sedikit perisa vanila dan tepung jagung ke dalam mangkuk. Kacau sebati menggunakan whisk sehingga gula larut dan tepung tidak berketul.
  2. Tapiskan adunan ke dalam periuk untuk memastikan tekstur puding benar-benar halus dan licin apabila masak nanti.
  3. Masak di atas api perlahan sambil sentiasa dikacau. Masukkan mentega dan teruskan kacau sehingga adunan menjadi pekat, berkilat dan likat.
  4. Tuang adunan yang telah pekat ke dalam loyang atau bekas pilihan. Ratakan bahagian atasnya dan biarkan sejuk pada suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti ais selama 2 hingga 3 jam sehingga set.
  5. Setelah keras dan set, potong kek puding kepada saiz kecil. Boleh sapukan sedikit kuning telur di atasnya dan bakar sebentar di dalam air fryer atau ketuhar pada suhu 180°C selama 10-15 minit untuk mendapatkan permukaan golden brown yang menarik.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Manisan

Berbaloi buat kek pisang dua benua... Gebu, lembut dan harum aroma

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Manisan

Mudah sangat buat roti kukus jagung! Gebu dan lembut kejadian, satu famili pasti suka

Terhangat