info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Manisan

Krim lemon berlemak, nikmat dimakan sejuk! Cuma guna 3 bahan, tak perlu bakar

Lead Image

LEMON antara buah yang cukup versatil dan sering digunakan dalam pelbagai jenis sajian, sama ada hidangan savori, minuman, hinggalah pencuci mulut.

Rasanya yang masam dan menyegarkan juga membuatkan lemon sesuai digabungkan dengan bahan-bahan manis, seperti mana pemanis mulut krim lemon ini.

Menariknya, sajian ini bukan sahaja mudah disediakan malah dihidangkan terus dalam kulit lemon yang dikosongkan, menjadikannya unik dan menyelerakan.

Berikut resipi pencuci mulut enak yang dikongsikan oleh seorang pengguna, @elynejoi94, menerusi laman Threads.

Perkongsian resipi dibuat di laman Threads.

Bahan-bahan:

  • 4 biji lemon, belah dan keluarkan isinya
  • 1 cawan 'whipping cream'
  • ⅓–⅜ cawan gula
  • Parutan kulit ½ biji lemon
  • 4 sudu besar jus lemon

MENARIK DIBACA: Buat sendiri jeli kesihatan guna lemon, kunyit dan halia... Snek enak, bantu kulit 'glowing'

MENARIK DIBACA: Mudahnya buat lemon cheesecake, tak perlu guna oven... Confirm sedap!

Cara penyediaan:

  1. Panaskan 'whipping cream' bersama gula sehingga gula larut. Kecilkan api dan biarkan mendidih selama kira-kira 3 minit.
  2. Tutup api, kemudian masukkan jus lemon dan parutan kulit lemon. Kacau sebati dan biarkan selama 5 minit.
  3. Tuangkan campuran krim ke dalam kulit lemon yang telah dikosongkan.
  4. Masukkan ke dalam peti ais dan sejukkan sekurang-kurangnya 3 jam atau sehingga dessert set.
  5. Hidangkan ketika sejuk dan nikmati rasa lemon yang masam manis bersama tekstur krim yang lembut dan lazat. 
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Manisan

Cheesekut versi kraker masin enak lain macam! Mudah dibuat, tak perlu bakar

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Manisan

[V] Jatuh cinta keenakan puding roti dibuat rakan, rupanya resipi Khairul Aming

Terhangat