info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Manisan

Burnt cheesecake keledek ungu... Cantik dilihat, enaknya manis ubi semula jadi

Lead Image

JIKA kebiasaannya 'burnt cheesecake' dihasilkan menggunakan bahan asas seperti krim keju, telur dan krim segar, resipi kali ini nyata berbeza apabila menggunakan ubi keledek ungu sebagai bahan utama.

Buat anda yang pertama kali mahu mencuba menghasilkan 'burnt cheesecake' menggunakan keledek, hasil dan rasanya memang di luar jangkaan!

Tekstur lembut, rasa keju berkrim digabungkan dengan kemanisan semula jadi keledek membuatkan kek ini bukan sahaja cantik, malah cukup menggoda selera.

Lebih menarik, ia boleh dibuat dengan cara dikukus mahupun menggunakan air fryer bagi yang tidak mempunyai ketuhar. 

Jangan terkejut apabila dihidangkan, kek ini licin dalam sekelip mata!

Untuk menghasilkan 'burnt cheesecake' ubi keledek, ini Kuali kongsikan cara membuatnya.

Rasa keju berkrim digabungkan dengan kemanisan semula jadi ubi keledek membuatkan kek ini bukan sahaja cantik dipandang malah cukup menggoda selera. - mama.alifhia

Bahan-bahan

  • 350 gram ubi keledek ungu
  • 2 biji telur omega
  • 50 ml yogurt asli 
  • ½ sudu teh esen vanila
  • 260 gram krim keju 
  • 3 titis pemanis semula jadi
  • 150 ml susu UHT

MENARIK DIBACA: Minuman kafe Amazon paling laris ikut 'ranking', ramai pelancong Malaysia 'repeat'

MENARIK DIBACA: Pastri sanggup bayar mahal, kuih tradisi nak murah gila-gila! Pelanggan disaran ubah mentaliti lapuk

Cara penyediaan

  1. Rebus atau kukus ubi keledek ungu sehingga lembut, kemudian lenyekkan bersama marjerin sehingga halus.
  2. Masukkan semua bahan lain ke dalam pengisar kecuali ubi ungu. Kisar sehingga adunan sebati dan berkrim.
  3. Masukkan ubi ungu yang telah dilenyek ke dalam acuan.
  4. Bahagikan adunan keju kepada dua bahagian.
  5. Campurkan sedikit ubi ungu ke dalam satu bahagian adunan keju, kemudian kisar sehingga mendapat warna ungu yang sekata.
  6. Tuangkan adunan keju berwarna ungu ke atas ubi ungu dan bakar seketika.
  7. Selepas itu, tuangkan pula adunan keju asli di bahagian atas.
  8. Bakar semula selama kira-kira 25 minit pada suhu 200 darjah celsius.
  9. Setelah masak, sejukkan dan simpan dalam peti sejuk selama tiga hingga empat jam sebelum dinikmati.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Manisan

Tiramisu bowl 'dessert' untuk individu diet, makan sedap tanpa rasa bersalah

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Manisan

Tak menyesal buat puding matcha Oreo viral, setiap suapan penuh nikmat

Terhangat