info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Manisan

Tiramisu bowl 'dessert' untuk individu diet, makan sedap tanpa rasa bersalah

Lead Image

SIAPA kata kalau sedang diet perlu lupakan terus sajian pencuci mulut kegemaran?

Bagi mereka yang sedang mengawal pengambilan kalori tetapi sesekali mengidam sesuatu yang manis, resipi 'tiramisu bowl' diet ini mungkin boleh dijadikan pilihan.

Menerusi perkongsian pempengaruh kecergasan, @mynameisaqil, hidangan ini bukan sahaja menyerupai tiramisu sebenar, malah mengandungi kira-kira 54 gram protein selain tinggi kandungan serat.

Krim digantikan dengan dengan Greek yogurt yang lebih tinggi protein dan rendah lemak.

Malah, seorang pengguna Threads @hakakshare yang sudah mencuba resipi ini juga mengaku gembira kerana masih dapat menikmati pencuci mulut enak tanpa perlu rasa bersalah ketika menjalani diet.

"Nampak macam menakutkan kan? Tapi tahu tak korang boleh dapat 54g protein dalam ni?" ujarnya.

Berbeza dengan tiramisu tradisional yang menggunakan 'ladyfinger' sebagai lapisan asas, resipi ini menggantikan bahan itu dengan campuran oat dan chia seed yang lebih mengenyangkan serta membekalkan serat.

Selain itu, krimnya juga tidak menggunakan 'cream cheese', sebaliknya digantikan dengan Greek yogurt yang lebih tinggi protein dan rendah lemak.

MENARIK DIBACA: Nak buat tiramisu tapi biskut ladyfingers mahal, rupanya guna bahulu pun lagi sedap!

MENARIK DIBACA: Buat sendiri Tiramisu ala kafe di rumah, kos tak sampai RM70 pun!

Bahan-bahan

  • 50 gram oat
  • 20 gram chia seed
  • 50ml susu
  • Sedikit air
  • Espresso
  • 150 gram Greek yogurt
  • Secubit garam
  • 1 sudu protein serbuk coklat
  • Serbuk koko tanpa gula (unsweetened cocoa powder)
Resipi ini menggantikannya dengan campuran oat dan chia seed yang lebih mengenyangkan.

Cara penyediaan

Sediakan base

  1. Campurkan oat, chia seed, susu, sedikit air dan satu sudu espresso.
  2. Kacau hingga sebati dan biarkan sehingga campuran mengembang, kemudian simpan di dalam peti sejuk semalaman.

Sediakan krim

  1. Bancuh sedikit espresso bersama secubit garam.
  2. Tuangkan espresso ke dalam Greek yogurt.
  3. Kacau sehingga teksturnya licin dan berkrim.

Sediakan lapisan protein

  1. Campurkan satu sudu protein powder coklat bersama sedikit espresso.
  2. Kacau sehingga menjadi pes yang pekat.

Susun tiramisu bowl

  1. Masukkan lapisan protein sebagai lapisan pertama dan ratakan.
  2. Tambahkan lapisan Greek yogurt di atasnya.
  3. Akhir sekali, taburkan serbuk koko tanpa gula sebagai hiasan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Manisan

[V] Kek coklat mochi guna tepung pulut hasilkan tekstur 'chewy', puas makan!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Manisan

Burnt cheesecake keledek ungu... Cantik dilihat, enaknya manis ubi semula jadi

Terhangat