[V] Bakteria baik pun kena diberi makan, puding prebiotik bersama chia pilihan sihat untuk kesihatan usus
SEMAKIN ramai mula cakna tentang kesihatan usus dan diet pemakanan sihat dalam kehidupan seharian.
Atau anda mungkin sedang mencari snek sihat yang bukan sekadar mengenyangkan tetapi membantu melancarkan sistem penghadaman?
Salah satu kandungan terpenting dalam pemakanan adalah prebiotik - iaitu serat yang menyokong pertumbuhan bakteria baik dalam usus sekali gus memperkuat sistem imun dan meningkatkan kesihatan secara menyeluruh.
Senang cakap, prebiotik adalah makanan untuk bakteria balik baik dalam usus.
Salah satu pilihan mudah, cepat dan lazat yang boleh anda cuba di rumah ialah chia pudding yogurt.
Kaya dengan serat, omega-3 dan nutrien penting lain, chia pudding ialah pilihan ideal untuk dijadikan sarapan ringan, snek malam atau pencuci mulut tanpa rasa bersalah.
Jom cuba sendiri cara membuatnya di rumah.
Bahan-bahan:
- Chia seed
- Susu krim atau susu badam/oat
- Madu/coklat/sirap maple
- Pisang
- Strawberi atau buah-buahan lain
- Yogurt
Langkah penyediaan:
- Campurkan chia seed dan susu dalam bekas.
- Kacau rata dan biarkan selama 5 minit supaya kembang
- Kacau sekali lagi untuk elakkan chia seed berketul.
- Masukkan yogurt dalam bekas kecil dan campurkan chia seed tadi.
- Gaul sekata, masukkan pisang dan strawberi dan tambahkan madu/coklat/sirap maple.
- Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam atau semalaman.