Cili Kampung pertama kali perkenal bufet Ramadan, eksklusif hanya hujung minggu di Putrajaya
RAMADAN sentiasa menjadi waktu terbaik untuk menghargai juadah tradisi dan berkongsi detik berbuka bersama insan tersayang.
Sempena Ramadan 2026, Cili Kampung kembali mencuri perhatian dengan bufet Ramadan hujung minggu eksklusif di Alamanda Shopping Centre dengan tawaran pengalaman berbuka puasa sarat dengan rasa warisan.
Pelbagai juadah berbuka berasaskan resipi warisan menggunakan bahan segar dan berkualiti tinggi seperti kambing bakar golek, nasi ayam, daging masak lemak, kambing kuzi, sambal sotong dan ikan tenggiri sambal Rica Rica cukup istimewa.
Diketengahkan khusus pada setiap hujung minggu, bufet ini pilihan ideal untuk yang ingin menikmati suasana berbuka lebih tenang, selesa dan premium bersama keluarga tersayang.
Lokasi: Cili Kampung, Alamanda Shopping Centre, Putrajaya
Harga: RM128++ (Dewasa)
RM68++ (Warga Emas)
RM58++ (Kanak-kanak)
Tempoh: 21 Februari hingga 15 Mac 2026.
Tonton video penuh di YouTube Kuali.
