KUALI | Video
Patutlah ramai beratur, burger tepi jalan tapi rasa macam restoran mahal
MEMANG tidak boleh dinafikan, keenakan smashburger yang dimasak juicy merupakan tarikan utama buat pelanggan yang berkunjung ke sini.
Walaupun, gerai hanya dipacak di bahu jalan, rasa dan kualiti burger yang ditawarkan di Local Area Burger ini mampu menyaingi restoran terkenal.
Terletak di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur gerai ini menjadi tumpuan pencinta burger yang mahukan hidangan ringkas tetapi memuaskan serta lengkap dengan sos homemade yang menaikkan lagi rasa setiap gigitan.
Lokasi: Local Area Burger, Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.
Waktu operasi: 4 pm - 12 am (setiap hari kecuali Isnin)
Untuk video penuh tonton di YouTube Kuali.