Ketahui punca, tip elak buih keluar dari 'rice cooker' ketika nasi mendidih
ZAMAN sekarang, memasak nasi bukan lagi satu kerja yang rumit apabila semuanya boleh dilakukan hanya dengan menekan satu butang pada periuk nasi elektrik (rice cooker).
Proses ini cuma perlu cuci beras, masukkan air dan biarkan ia masak sendiri.
Bagaimanapun pernahkah anda berdepan situasi air berbuih naik ke bahagian penutup periuk ketika nasi dimasak dan akhirnya melimpah atau terpercik keluar.

Keadaan ini pasti merimaskan apatah lagi jika sukatan beras dan air yang digunakan tidak banyak.
Itulah situasi yang dialami seorang pengguna Threads yang tertanya-tanya punca berlakunya keadaan sebegitu.
"Tolong kenapa bila kami masak nasi je jadi macam ni. Sampai melimpah. Beras cuci tiga kali dan sukatan air suku jari telunjuk.
"Ada sekali dua masak nasi okay tak ada melimpah tapi tak tahu macam mana boleh jadi. Padahal masak nasi satu cawan je, stres betul," ujarnya.
MENARIK DIBACA: Masak guna air rebusan tulang gandakan nutrisi nasi! Lebih sedap, bayi pasti berselera
MENARIK DIBACA: Jenis basmati kurang sedap masak bubur, wanita kreatif guna beras ketupat
Hantaran itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna lain, malah ramai turut berkongsi petua masing-masing.
Rata-rata menyarankan wanita tersebut supaya tidak menutup rapat penutup periuk dan membiarkannya sedikit terbuka ketika nasi sedang dimasak.
Ini kerana kanji daripada beras yang bercampur dengan air panas boleh menghasilkan buih ketika mendidih.
"Tutup rapat memanglah menyembur macam itu. Renggangkan sedikit penutup, apabila dah kering baru tutup rapat.

"Saya masak nasi memang tak pernah tutup. Bila nampak dah kering air, gemburkan baru tutup. Tip yang sama guna untuk nasi lemak, nasi memang panjang, gebu," kongsi netizen.
Selain mencadangkan wanita itu menukar jenama periuk nasi lain, ada juga yang berpendapat masalah tersebut mungkin berpunca daripada jenis beras yang digunakan.
" Beras basmati kena buka penutup." antara komen netizen