Jenis basmati kurang sedap masak bubur, wanita kreatif guna beras ketupat
MEMASAK kini bukan sekadar menyediakan hidangan untuk keluarga, sebaliknya memerlukan kreativiti bagi mengelakkan pembaziran dan menjimatkan perbelanjaan dapur.
Seorang wanita mempunyai idea tersendiri untuk memasak bubur nasi tanpa perlu menggunakan beras putih biasa.
Menerusi perkongsian di Threads, wanita ini memaklumkan bahawa dia menggunakan beras basmati untuk memasak nasi dan juga membeli ketupat segera.

"Nak masak bubur tapi kat rumah pakai beras basmati. Jadi beli ketupat je, jadi baki tu esok lusa boleh masak soto pula," kongsinya di Threads.
Menerusi satu lagi hantaran, dia menjelaskan bagaimana beras daripada bungkusan ketupat dikeluarkan sebelum digunakan bagi memasak bubur nasi.
"Guna beras ketupat je nak masak bubur, bakinya lepas ni kita boleh rebus makan dengan rendang pula," tulisnya.
MENARIK DIBACA: CEO Nestle minum 8 cawan kopi sehari, 5 daripadanya sebelum jam 10 pagi
MENARIK DIBACA: Sinonim dengan sajian Melayu, Chef Amir Gani perjelas apa itu 'pecah minyak'
Perkongsian ini menarik perhatian pengguna lain yang mengakui tidak pernah terfikir untuk menggunakan cara sedemikian bagi menjimatkan perbelanjaan dapur.
"Tak terfikir. Selalu beli di kedai Aceh beras biasa sekilo kalau nak buat bubur.

"Nice. Pada saya, beras biasa sedap buat bubur. Pernah try beras wangi tak best texture sebutir-butir. Tapi sekarang anak guna beras Sumo, rupanya tu pun okay.
"Saya pun selalu guna cara macam ni. Tak kuasa beli beras biasa semata-mata demi semangkuk bubur. Great minds think alike, right," antara komen netizen.
Perkongsian ini membuktikan bahawa sedikit kreativiti dalam merancang hidangan boleh membantu mengurangkan pembelian bahan dapur yang tidak diperlukan.
Dalam masa sama, penggunaan bahan mengikut keperluan juga dapat mengelakkan pembaziran makanan.
