Cara nak bezakan udang laut dan ternak, jenis liar tentunya lebih manis
SEKALI pandang, udang laut dan udang yang diternak mungkin nampak sama sahaja.
Bagaimanapun, bagi mereka yang terbiasa membeli makanan laut ada beberapa perbezaan yang boleh diperhatikan sebelum memutuskan untuk membuat pembelian.
Menerusi hantaran di Threads, seorang pengguna dikenali sebagai Syah Binar berkongsi perbezaan warna antara udang laut liar dengan udang yang diternak di kolam atau sangkar.

Menurutnya, udang laut biasanya mempunyai warna kulit lebih cerah dan kemerah-merahan berbanding udang bela yang kelihatan lebih gelap.
"Yang mana satu udang laut dan udang bela?
"Yang atas (gambar) berwarna gelap ni udang bela sama ada kolam atau sangkar. Yang bawah tu udang laut/liar," ujarnya.
Tambahnya, udang laut juga dikatakan mempunyai rasa lebih manis dan dijual pada harga tinggi berbanding udang ternakan.
MENARIK DIBACA: Ramai tak makan, risau kolesterol tinggi! Realitinya udang banyak khasiat, manfaat kesihatan
MENARIK DIBACA: Kepala, kulit udang boleh dibuat minyak berperasa! Masakan lebih sedap, naik aroma
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman serta tip masing-masing untuk membezakan kedua-dua jenis udang tersebut.
Selain rupa dan warna, bekalan udang laut juga dikatakan lebih terhad mengikut musim.
"Udang laut lagi mahal berbanding udang bela. Udang bela lebih mudah didapati di pasar. Tapi, udang laut biasa ada dalam kuantiti terhad bermusim.

“Sejak terbiasa dengan kemanisan udang laut dah tak makan udang bela, maaf cakap, kepala dia tak manis macam udang laut,” antara komen netizen.
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berseloroh mencadangkan cara unik untuk mengenal pasti udang dengan dengan mengira jumlah kakinya.
“Bilang kaki dia. Kalau ganjil 'bela' kalau genap liar,” seorang netizen berjenaka.