info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

Pucuk paku boleh tanam dalam pasu... Selain buat kerabu, ini 6 idea sajian lain

Lead Image

SELALUNYA pucuk paku hanya dibeli di pasar atau dipetik dari kawasan kampung, tetapi tahukah anda sayur dengan bentuk kerinting ini sebenarnya boleh ditanam sendiri di rumah?

Lebih menarik, pucuk paku tidak memerlukan kebun yang luas, sebaliknya ia boleh ditanam dalam pasu.

Dengan penjagaan yang betul, pokok ini boleh tumbuh subur dan menghasilkan pucuk baharu untuk dituai apabila diperlukan.

Bagi yang gemar berkebun tetapi mempunyai ruang terhad, pucuk paku boleh menjadi antara tanaman yang menarik untuk dicuba.

Selain menjimatkan, dapat juga menikmati sayur segar terus dari halaman rumah.

Pucuk paku selalunya dibeli di pasar atau dipetik di kawasan-kawasan kampung.

Bagaimana cara mudah menanam pucuk paku dalam pasu?

Berikut panduan seperti yang dikongsikan laman Arus Perdana Post di Facebook.

Cara tanam pucuk paku dalam pasu:

1. Pilih anak pokok yang sihat

Gunakan anak pokok yang mempunyai daun hijau segar, akar yang baik serta bebas penyakit atau kerosakan.

2. Sediakan pasu

Gunakan pasu bersaiz sederhana atau besar supaya akar mempunyai ruang untuk berkembang.

Pastikan pasu mempunyai lubang saliran bagi mengelakkan air bertakung.

MENARIK DIBACA: Pastri sanggup bayar mahal, kuih tradisi nak murah gila-gila! Pelanggan disaran ubah mentaliti lapuk

MENARIK DIBACA: Biskut coklat popular dipercayai tak halal, pewarna berasal dari kumbang cochineal

3. Gunakan tanah yang sesuai

Pucuk paku menyukai tanah yang lembap dan kaya dengan bahan organik.

Anda boleh menggunakan campuran tanah kebun, kompos atau baja organik, cocopeat dan sedikit pasir.

4. Tanam anak pokok

Masukkan medium tanaman ke dalam pasu dan tanam anak pokok pada kedalaman yang sesuai. Padatkan sedikit tanah di sekeliling pangkal pokok supaya ia berdiri kukuh.

Selepas ditanam, siram sehingga tanah menjadi lembap.

5. Pastikan tanah sentiasa lembap

Pucuk paku memerlukan air yang mencukupi untuk tumbuh subur.

Siram secara konsisten mengikut keadaan cuaca bagi memastikan tanah tidak terlalu kering.

Bagaimanapun, elakkan air bertakung kerana keadaan terlalu basah boleh menyebabkan akar rosak.

Dengan penjagaan yang baik, pokok pucuk paku boleh tumbuh subur dan mengeluarkan pucuk baharu untuk dituai apabila diperlukan.

Masak lemak udang pucuk paku menjadi salah satu menu istimewa menggunakan sayur pucuk paku.

Masakan menggunakan sayur pucuk paku:

  • Pucuk paku tumis belacan
  • Masak lemak pucuk paku
  • Kerabu pucuk paku
  • Pucuk paku goreng ikan bilis
  • Pucuk paku telur goreng
  • Pucuk paku masak lemak udang
  • Pucuk paku sambal tumis
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Ketahui perbezaan 6 jenis bawang, kesesuaiannya dengan masakan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Tip simpan baki daun sup agar tak cepat layu, kekal wangi... Tiada lagi pembaziran!

Terhangat