Staf pasar raya kongsi tip beli barang dapur... Tahu waktu tepat, dapat produk segar separuh harga
KALAU hendak berjimat ketika membeli barang dapur, bukan semata-mata perlu menunggu pasar raya mengadakan promosi.
Siapa sangka waktu membeli-belah juga memainkan peranan penting kerana barangan segar akan dikeluarkan pada waktu tertentu, begitu juga potongan harga bagi produk terpilih.
Perkara ini dikongsikan oleh seorang wanita di Threads yang telah mencuba tip membeli belah yang diperolehi di media sosial.
Menurutnya, dia hanya perlu membayar RM22.10 untuk barangan yang dibeli selain menyatakan bahawa kualiti produk berkenaan masih elok.
"Terpengaruh dengan Thread. Betul la memang jimat, kualiti produk pun memang elok lagi. Kata cashier kalau pagi-pagi lagi kualiti A+ dan banyak pilihan. Total hari ini RM22.10 je, okay la kan," katanya.
Menurut paparan gambar yang dikongsikan, barangan yang dibelinya adalah dua pek lada benggala merah, dua tongkol jagung, satu bungkus kentang dan tiga pek cendawan yang dianggapnya berbaloi.

Di ruangan komen, perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang turut berkongsi tip mengenai waktu sesuai untuk mendapatkan barangan segar serta produk yang ditawarkan pada harga lebih rendah.
Beberapa individu yang pernah bekerja sebagai pengurus dan staf pasar raya berkata, setiap premis mempunyai waktu tertentu untuk mempamerkan barangan, membuat pesanan stok dan menjalankan urusan berkaitan.
"Tip membeli di pasar raya. Sebab pernah bekerja sebagai manager dan buyer di pelbagai pasaraya. Kami ada masa sendiri untuk display barang jualan. Ordering dan lain-lain.
MENARIK DIBACA: Ini beza 4 jenis buah naga... Setiap warna ada rasa istimewa, khasiat tersendiri
MENARIK DIBACA: Tip pilih oren manis! Perhatikan buntut buah, kod label juga petunjuk boleh dipercayai
"Nak segar sila pergi jam 10 pagi hingga - 1 atau 2 petang (10 pagi biasanya barang-barang segar mendarat ke outlet dan kami prepare to display).
"Nak harga markdown dari pukul 4 atau 5 petang hingga tutup. Elakkan pembelian jam 7 petang until close (barang kurang segar) melainkan outlet tu 24 jam dia akan urus untuk retopup buat separuh masa kedua. Nak further discount (hujung minggu, cuti umum atau apa sahaja cuti panjang).
"As ex staff kalau pergi dalam pukul 8.30 hingga 9.00 malam biasanya akan dapat 80 peratus potongan. Dan 50 peratus untuk daging. Tapi biasa dekat pasar raya BIG, Village Grocer akan banyak markdown item yang elok lagi. Grocery lain setakat ni tak seberapa lah," komen beberapa netizen.

Seorang lagi netizen yang mendakwa pernah bekerja di sebuah pasar raya terkemuka turut berkongsi pengalamannya mengenai potongan harga bagi barangan tertentu.
"Saya bekas staf Village Grocer. Kalau pagi, bahagian sayur memang ada offer. Selalunya pukul 9 hingga 10 pagi kami tampal sticker half price.
"Kalau petang selepas pukul 8 malam untuk buah potong dan bahagian ayam daging, kadang-kadang berebut dengan staf lain hahaha, rindunya," katanya.
Seorang netizen mendakwa sudah setahun menggunakan tip berkenaan.
"Siapa yang 'kantoi' kan tip ni? Habis sayur murahku. Dah setahun dah, kalau nak beli sayur yang harganya separuh di Village Grocer. Ia bukan sayur yang dah lembik atau kurang elok.
"Cuma SOP (prosedur) mereka memang kalau dah lebih beberapa hari tak dijual, mereka terus letak di rak untuk harga separuh.
"Bukan saja sayur, buah pun kadang-kadang ada. Jangan risau, sayur dia segar lagi. Cuma prosedur Village Grocer memang begitu agaknya," katanya.