info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

Beras pulut tak perlu rendam, wanita ajar cara mudah masak guna 'rice cooker'

Lead Image

MERENDAM beras pulut sebelum ia dimasak menjadi antara langkah asas bagi memastikan pulut lembut dan kembang sempurna.

Proses merendam itu bagaimanapun mengambil masa lama dan dalam situasi tertentu boleh melambatkan persiapan untuk menyediakan hidangan lain.

Menerusi perkongsian @kakakbukanchef di Threads, wanita ini berkongsi petua masak pulut menggunakan rice cooker tanpa perlu merendam beras pulut terlebih dahulu.

Perkongsian tersebut dibuat di laman Threads.

“Pulut tak rendam. Sebab ada yang minta kakak share cara masak pulut guna rice cooker (periuk nasi elektrik) makanya kakak sarap pulut pagi ni.

“Senang sangatlah buat 'dia'. Jangan pening-pening,” ujarnya.

Menariknya kaedah yang dikongsi, beras pulut hanya perlu dibasuh dan terus dimasukkan ke dalam periuk nasi bersama bahan-bahan asas lain.

MENARIK DIBACA: Teknik rendam kena betul, ini petua pulut kuning kekal lembut dan tahan lama

MENARIK DIBACA: Pulut hitam jadi skrub, usahawan 'angkat' tradisi bakal pengantin kaum Kaili

Berikut sukatan dan cara penyediaannya:-

  1. Basuh 2 cawan beras pulut sehingga bersih dan tos.
  2. Masukkan beras pulut ke dalam rice cooker.
  3. Tuang 1 cawan santan dan 1 cawan air.
  4. Masukkan secubit garam dan beberapa helai daun pandan.
  5. Tekan butang 'Cook' dan biarkan sehingga pulut masak.
  6. Setelah masak, gaul perlahan-lahan supaya santan sebati dan pulut tidak berketul.
  7. Pulut sedia untuk dihidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Letak asam keping, gaul tepung... Selesai masalah minyak meletup masa goreng ikan keli

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Tumis tomato dulu baru masuk bawang rahsia dapatkan rasa 'MSG' semula jadi

Terhangat