info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

Guna cuka antara 6 tip goreng ikan bilis, kekal rangup lebih lama

Lead Image

PROSES menggoreng ikan bilis nampak saja mudah tetapi boleh menjadi masalah bagi sesetengah individu apabila teksturnya rangup cuma seketika sebelum bertukar liat dan lemau.

Perkara itu turut menjadi persoalan seorang individu yang meminta pandangan netizen mengenai tip mengekalkan kerangupan ikan bilis untuk tempoh lebih panjang.

“Boleh tak kongsi cara nak bagi ikan bilis rangup lebih lama. Lepas goreng rangup kejap je, lepas tu lemau, boleh patah gigi nak gigit.

“Liat sangat, gagal betul rasa jadi ibu, goreng ikan bilis pun tak lulus lagi,” tulisnya di media sosial.

Wanita ini meminta pendapat netizen cara untuk mengekalkan kerangupan ikan bilis.

Persoalan berkenaan kemudian mendapat pelbagai respons daripada netizen yang berkongsi petua berdasarkan pengalaman masing-masing.

Berikut antara tip yang dikongsi:

1. Basuh dengan cuka

Ikan bilis boleh dibasuh menggunakan cuka sebelum digoreng bagi membantu mendapatkan tekstur lebih rangup.

2. Tidak terlalu basah

Selepas dicuci, ikan bilis perlu ditoskan dan dibiarkan seketika supaya lebihan air berkurangan sebelum digoreng.

MENARIK DIBACA: Senang sangat masak mi ayam kicap, minyak bawang putih rahsia kesedapan

MENARIK DIBACA: Hanya 3 bahan nak masak ayam goreng berlado, tapi sedapnya bukan main! 

3. Minyak panas

Minyak juga perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum ikan bilis dimasukkan ke dalam kuali.

4. Api sederhana

Kecilkan atau gunakan api sederhana supaya ia tidak cepat hangus di luar tetapi masih belum cukup garing di dalam.

Cuka antara bahan digunakan untuk membantu menambah kerangupan ikan bilis.

5. Kerap kacau

Biarkan ikan bilis masak dan garing dengan baik sebelum diangkat.

6. Buih dalam minyak berkurangan

Antara petua paling banyak dikongsikan adalah menunggu sehingga buih dalam minyak semakin kurang atau bunyi menggoreng menjadi senyap.

Selain cara menggoreng dan penggunaan minyak mencukupi, kualiti ikan bilis juga tidak kurang pentingnya.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Sama ada jenis segar, peram atau dalam tin... Ini tip berkesan cuci rebung, hilang masalah bau

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Beli mahal, sayang jika buang kulit udang! Boleh buat serbuk perasa, banyak manfaat lain

Terhangat