info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

Suka kelat atau rasa seimbang? Ini cara bezakan teh berkualiti dengan premium sekadar luaran

Lead Image

SECANGKIR teh yang sedap tak semestinya dibancuh menggunakan jenama mahal atau kotak yang cantik.

Sebaliknya, kualiti sebenar teh boleh dikenal pasti melalui bentuk daun teh dan rasa yang terhasil selepas diseduh.

Menurut perkongsian seorang pakar teh dikenali sebagai Ashfiya Ahmad, terdapat beberapa petunjuk mudah untuk mengenal pasti sama ada teh yang diminum benar-benar berkualiti atau sekadar kelihatan premium pada luarannya.

Ashfiya berkongsi petunjuk untuk kenal pasti kualiti teh.

Jelasnya, langkah pertama ialah mengoyakkan uncang teh dan menuangkan isinya ke atas pinggan putih atau sekeping kertas.

"Dengan cara itu, anda boleh melihat dengan lebih jelas potongan daun teh yang digunakan.

"Kebiasaannya, anda akan mendapati cebisan daun teh yang sangat halus (broken grade), malah kadangkala terdapat batang, tangkai atau serat daun," katanya menerusi hantaran di laman Threads.

MENARIK DIBACA: 'Ketepikan' teh hijau, teh bunga raya paling kaya antioksidan - Kajian

MENARIK DIBACA: Teh halia bukan sekadar bantu legakan sakit perut, banyak manfaat mengamalkannya 

Menurutnya, teh yang dipenuhi cebisan daun terlalu halus tak semestinya berkualiti tinggi.

Jelasnya lagi, daun teh yang terlalu halus mempunyai permukaan yang lebih luas, menyebabkan sebatian di dalamnya diekstrak dengan lebih cepat ketika diseduh.

"Jika rasa pahit dan kelat terlalu kuat, terutama pada teh yang menggunakan potongan daun yang sangat halus, ia berkemungkinan kerana permukaan daun besar menyebabkan sebatian di dalamnya diekstrak dengan lebih cepat," katanya.

Teh yang dipenuhi cebisan daun terlalu halus tak semestinya berkualiti tinggi.

Disebabkan itu juga, teh yang terlalu pekat, pahit dan kelat biasanya memerlukan gula untuk mengimbangi rasanya.

Sebaliknya, teh berkualiti lazimnya dihasilkan daripada pucuk daun teh terpilih serta diproses dengan lebih teliti.

"Biasanya mempunyai rasa yang lebih bersih, lebih seimbang serta tidak mudah menjadi pahit jika diseduh dengan cara yang betul," katanya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Fahami maksud 'pecah minyak', cara pastikan cili benar-benar dah masak... Individu baru masuk dapur perlu tahu

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Cheesekut lebih jimat kos guna serbuk 'cheesecake'! Jual RM1 pun untung, tak jejas rasa

Terhangat