info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

Bawang rupanya ada strategi pertahankan diri, punca manusia pedih mata ketika menghiris

Lead Image

BAWANG bukan sekadar bahan wajib dalam masakan malah menjadi 'senjata' yang menaikkan aroma dan rasa sesuatu hidangan. 

Tanpa bawang, pasti ramai dapat merasakan makanan yang dimakan hambar.

Bagaimanapun di sebalik keenakan bawang, sering timbul masalah apabila ia dihiris apabila mata mula pedih dan berair terutamanya jika kuantitinya banyak.

Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa perkara itu berlaku?

Menurut kajian, rasa pedih itu berlaku kerana bawang mengandungi bahan kimia dikenali sebagai 'lachrymatory' yang boleh mengganggu mata. 

Apabila bawang masih tidak disentuh dan belum dipotong, sebatian tertentu di dalamnya tersimpan berasingan daripada enzim. 

Bahan kimia dalam bawang yang mudah meruap boleh sampai ke mata dan menyebabkan saraf mata terangsang.

Tetapi apabila bawang dihiris atau dihancurkan, kedua-duanya bercampur lalu menghasilkan asid sulfenik (sejenis asid mineral kuat yang sangat menghakis).

Bahan ini kemudiannya bertukar menjadi sebatian yang menghasilkan bau kuat serta rasa khas bawang itu sendiri.

Dalam masa sama, ia turut menghasilkan faktor lachrymatory iaitu bahan mudah meruap yang boleh sampai ke mata dan menyebabkan saraf mata terangsang.

Kesannya, mata mula mengeluarkan air mata sebagai tindak balas untuk mengurangkan rasa pedih. 

MENARIK DIBACA: Resipi mudah, bila buat tak jadi! Rupanya ada teknik masak sagu gula Melaka elok kejadian

MENARIK DIBACA: Penjelasan punca kejadian isi ayam bertukar hijau... Nampak geli tapi boleh dimakan!

Menurut pakar, mekanisme ini sebenarnya adalah cara semula jadi bawang melindungi dirinya daripada serangga dan haiwan yang cuba merosakkannya.

Bagaimanapun, terdapat beberapa petua yang boleh mengurangkan kesan 'menangis' ketika memotong bawang. 

Antaranya, sejukkan bawang dalam peti sejuk selama kira-kira 30 minit atau rendam dalam air ais sebelum dipotong kerana suhu rendah membantu mengurangkan pelepasan bahan kimia ke udara.

Mekanisme tersebut adalah cara semula jadi bawang melindungi dirinya daripada serangga dan haiwan yang cuba merosakkannya.

Selain itu, potong bahagian akar bawang terlebih dahulu serta gunakan pisau yang tajam dan jika perlu pakai cermin mata sebagai penghalang supaya bahan kimia tidak mudah terkena mata.

Menariknya, saintis juga menghasilkan bawang yang kurang menyebabkan air mata dikenali sebagai 'sunions'. 

Bawang ini bukan hasil ubah suai genetik, sebaliknya dihasilkan melalui proses kacukan semula jadi.

Berbeza dengan bawang biasa, sunions mempunyai rasa lebih manis dan lembut kerana kandungan sebatian yang menyebabkan rasa pedas serta pedih mata semakin berkurangan dari masa ke masa. 

Buat masa ini, bawang istimewa itu hanya ditanam di Nevada dan Washington, Amerika Syarikat.

Jadi, selepas ini jangan salahkan bawang jika mata berair ketika memasak. 

Itu sebenarnya adalah 'strategi pertahanan' semula jadi sayuran tersebut!

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Selaput kuning pada petai jangan dibuang, rupanya ada keistimewaan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Koleksi tip rebus kerang agar isi tak melekat di kulit, penting juga tahu helah peniaga elak ditipu

Terhangat