Selaput kuning pada petai jangan dibuang, rupanya ada keistimewaan
PETAI yang sudah masak di pohon biasanya mempunyai selaput nipis berwarna kuning atau oren yang membuatkan isinya kelihatan lebih menarik.
Sesetengah individu gemar makan selaput tersebut dan ada juga memilih untuk membuangnya sebelum dimasak atau dimakan sebagai ulam.
Seorang wanita di Facebook meminta pendapat warga maya sama lapisan itu perlu dikupas terlebih dahulu atau boleh terus dimasak.
"Petai masak atas pokok. Nampak sedap pula yang kuning-kuning tu. Berfikir ni, masak terus atau kena buka.
"Semua biji petai nampak bersih, bebas ulat. Korang buka tak, risau pula ada apa-apa," tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya berkongsi petua masing-masing.
"Kena buka dan belah dua takut ada ulat di dalam petai.
"Saya akan belah dulu baru masak. Kadang-kadang nampak elok saja tapi hati-hati, ada ulat dalam tu," komen seorang netizen.
Bagi sesetengah peminat petai pula, bahagian berwarna kuning atau oren itu sebenarnya mempunyai rasa tersendiri dan lebih enak dimakan sebagai ulam.

"Petai sedap buat ulam. Yang kuning-kuning tu manis tau. Tapi kalau gulai atau masakan, buanglah yang kuning tu. Rendam dalam air, ramas-ramas dengan tangan dan buang kulit luar.
"Petai yang masak oren tu jangan dimasak, buat ulam mentah. Manis warna oren tu sedap. Yang nak dimasak guna dah kopek yang warna hijau
"Maaf ini pendapat saya secara peribadi, petai masak yang ada selaput kuning tu banyak khasiat. Dulu-dulu memang saya tak usik langsung tapi bila keluarga suami kata sedap saya pun cuba, terbukti cuma nampk hodoh la. Tapi untuk kita yang makan sekeluarga lantak pi la orang nak kata apa," kongsi warganet.
MENARIK DIBACA: Pekat, rasa 'terangkat'! Ini jenis ikan paling sedap dibuat kuah laksa, kembung paling popular
MENARIK DIBACA: 15 mi segera terbaik di dunia, dari Malaysia pun masuk 'ranking'
Tak kurang juga yang berkongsi petua menggunakan garam untuk membersihkan petai sebelum dimasak.
"Saya ramas dengan garam untuk menanggalkan yang kuning, rendam untuk tanggal kulit yang putih. Dibelah dua takut ada ulat. Buat masak sambal tempoyak daun kayu, digoreng buat sambal bilis cili padi," kongsinya.
Selain itu, seorang netizen turut berkongsi cara membersihkan petai yang kulit luarnya sudah kering dan hitam.
Menurutnya, petai tersebut masih boleh digunakan selepas direndam terlebih dahulu.
"Kalau siapa-siapa tak nak buang kulit oren terpulanglah, yang masak keluarga sendiri yang makan. Tapi jika kulit luarnya dah kering hitam jangan dibuang masih boleh di makan.
"Rendamkan dalam besen dahulu, bila kulit hitam tu dah lembut baru dibuangkan ambil isinya kemudian rendam dengan air bersih, esok tukarkan air bersih lagi mesti petai kembang besar kembali," katanya.