info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Petua

Pekat, rasa 'terangkat'! Ini jenis ikan paling sedap dibuat kuah laksa, kembung paling popular

Lead Image

BAGI penggemar laksa, pemilihan ikan memainkan peranan penting untuk menghasilkan kuah yang cukup rasa, pekat dan menyelerakan.

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang wanita bertanyakan pendapat kepada peminat laksa mengenai jenis ikan yang paling sesuai digunakan untuk menyediakan hidangan popular itu.

"Peminat laksa kepada peminat laksa, ikan apa yang sedap kalau buat laksa? Aku selalu guna ikan kembung dengan ikan sardin je. Share please," tulisnya.

Di ruangan komen, pertanyaan itu dihujani pelbagai respon netizen yang tampil berkongsi pilihan ikan masing-masing untuk memasak laksa.

Ikan yang paling banyak menjadi pilihan ialah ikan kembung, ikan sardin, ikan tongkol, ikan Selayang dan beberapa jenis ikan lain.

"Ikan parang trust me, letak seketul ikan kurau masin tu, guna pressure cooker kemudian kisar tulang okay je halus.

"Saya suka tambah ikan tongkol sebab isinya tebal dan kuah akan jadi lebih pekat dan sedap.

Sesetengah lebih meminati kuah laksa yang pekat.

"Ya, ikan kembung sedap dan mudah. Selain tu ikan Selayang pun okay tapi kuah akan sedikit keruh. Kalau saya guna 70 peratus ikan kembung dan 30 peratus Selayang.

"Kakak saya selalu buat guna ikan Selayang sebab isi banyak. Kuah akan jadi pekat likat melikat," antara komen netizen.

Tidak kurang juga yang menggemari ikan temenung atau dikenali ikan kembung kerana dikatakan memberikan rasa lemak pada kuah.

"Ikan temenung tangsi lemak. Ish sedap terangkat. Kalau tak guna ikan berlemak kurang sikit (rasa)," komen salah seorang warganet.

MENARIK DIBACA: Pelanggan puas hati, staf akhirnya akur buat snek 'sebiji' poster promosi - "Nak macam gambar iklan"

MENARIK DIBACA: 15 mi segera terbaik di dunia, dari Malaysia pun masuk 'ranking'

Sebahagian pencinta laksa pula berkongsi teknik mencampurkan beberapa jenis ikan untuk mendapatkan kuah yang lebih pekat dan berlemak.

"Saya guna ikan tongkol, kembung, sardin, pekat berlemak elok.

"Ikan temenung lemak campur ikan sardin/selayang. Kalau kak ipar saya dia suka guna ikan temenung lemak dengan ikan kayu.

Ikan kembung merupakan antara pilihan penggemar laksa untuk menhgasilkan kuah.

"Kalau saya buat ikan kembong, ikan sardin, kepala ikan parang, laksa elok jadi hehe.

"Kembung dan sardin/selayang saja sedap. Ikan mamong atau dikenali mabong isi banyak tapi tekstur kasar jadi kuah akan terlalu pekat. Kalau yang suka begini boleh guna ikan ni," komen warganet lagi.

Bagi sesetengah peminat laksa pula, penggunaan ikan sardin sahaja sudah mencukupi.

"Baru buat semalam. Pakai ikan sardin saja.

"Pakai saba mackerel pekat elok kejadiannya," komen netizen lagi.

Bagi peminat laksa tegar, apa sahaja jenis ikan boleh digunakan asalkan bahan utama itu segar.

Antara komen di Threads.

"Ikan parang, ikan masin kurau atau ikan kembung yang penting segar," kata seorang netizen.

Jarang dibuat orang, seorang netizen turut berkongsi bahawa ibunya pernah menggunakan ikan kacang kerana dikatakan mampu menghasilkan kuah laksa yang lebih sedap.

"Mak saya pernah cakap guna ikan kacang, kuah laksa akan jadi lagi sedap," katanya,

Seorang peniaga pula tampil berkongsi pengalamannya menggunakan beberapa jenis ikan.

"Untuk makan boleh cuba tukar-tukar ikan untuk rasa kelainan. Tapi kalau saya buat untuk beniaga saya guna sepenuhnya ikan sardin hitam. Tapi dekat tempat saya dah mahal RM15.90 sekilo," kongsinya.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Terlekat tulang ikan, wanita kongsi bacaan disaran ustazah... Ramai tampil kongsi petua lain

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Tambah bunga kantan, sambal ayam biasa-biasa bertukar sedap lain macam!

Terhangat