info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Malas fikir, rela makan menu sama tiap hari... Apa berlaku pada tubuh manusia?

Lead Image

MENIKMATI menu yang sama setiap hari sememangnya satu pilihan mudah, tak perlu pening kepala fikir apa yang mahu dimakan.

Tabiat ini dipanggil 'food monotony' yang mana ia memudahkan rutin harian khususnya bagi mereka yang sibuk bekerja atau mempunyai jadual padat.

Makan menu sama boleh mengurangkan 'decision fatigue' kerana tidak perlu memikirkan menu, membeli bahan atau menyediakan hidangan berbeza setiap hari.

Makan sarapan berbeza bagi mendapatkan nutrisi yang diperlukan badan.

Bagaimanapun, menu yang diambil secara berulang setiap hari perlu kekal seimbang kerana pilihan makanan ultra-proses, lemak, garam atau gula boleh menyebabkan kekurangan nutrien.

MENARIK DIBACA: Kelapa tampuk merah dipercayai banyak kelebihan, baik untuk pesakit kanser jalani kemoterapi

MENARIK DIBACA: Ketahui fakta menarik kelapa, dari mana datangnya air dalam buah?

Menurut Profesor Emerita Bidang Pemakanan, Kajian Makanan dan Kesihatan Awam di New York University, Marion Nestle, makan hidangan yang sama berulang kali tidak menjadi masalah selagi ia seimbang dan sihat.

Sebagai contoh, sarapan seperti yogurt atau oat bersama buah-buahan segar lebih sihat berbanding bakon, telur dan 'hash brown'.

Jika selesa dengan menu yang sama, buat perubahan kecil secara berperingkat.

Contohnya, jika biasanya menikmati yogurt dengan beri biru, tukarkannya dengan strawberi atau pisang pada hari berikutnya. 

Dia menyarankan agar menambah oat, kekacang atau bijirin untuk memberikan tekstur dan nutrien berbeza.

Konsep yang sama ini boleh digunakan untuk hidangan lain.

Kepelbagaian makanan penting untuk memastikan tubuh mendapat pelbagai nutrien yang diperlukan.

Makan sihat tak semestinya rumit.

Kadang-kadang, hanya dengan menukar buah, lauk atau bahan sampingan pun sudah cukup untuk menjadikan hidangan harian lebih pelbagai.

Ia sekali gus dapat mengelakkan manusia daripada masalah muak dengan menu sama setiap hari.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Perhatian untuk lelaki! 8 makanan ini bantu tingkatkan kualiti, kesihatan sperma

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Ibu hamil makan anggur hitam bantu cegah jaundis bayi, ini fakta anda perlu tahu

Terhangat