info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Doktor beri 5 tip 'berjaga' malam tonton bola sepak tanpa jejas kesihatan tubuh, jantung

Lead Image

DEMAM Piala Dunia bukan sahaja membuatkan jutaan peminat sanggup berjaga hingga lewat malam secara tak langsung turut mengubah rutin harian mereka. 

Kurang tidur, terlebih makan snek, sehinggalah minum kopi tanpa henti, semua ini mungkin dianggap biasa namun doktor memberi amaran tabiat tersebut boleh memberi kesan kepada kesihatan terutama jantung.

Menurut Pakar dari Alpro Clinic yang juga peminat bola sepak, Dr Kam San Dhit, ramai pesakit kelihatan lebih letih setiap kali musim Piala Dunia berlangsung. 

Katanya, jantung tidak 'tahu' seseorang itu sedang menonton perlawanan kerana setiap detik mendebarkan mampu mencetuskan pelepasan hormon stres yang meningkatkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah.

Kurangkan makanan ultra proses, lebihkan buah-buahan dan snek berkhasiat.

Beberapa kajian turut menyokong perkara itu memandangkan ketika Piala Dunia FIFA 2006, jumlah kes kecemasan berkaitan jantung dilaporkan meningkat lebih dua kali ganda pada hari Jerman beraksi. 

Bagaimanapun, peminat bola sepak tidak perlu berhenti menikmati kemeriahan kejohanan itu.

Sebaliknya, mereka hanya perlu mengamalkan beberapa langkah mudah bagi mengurangkan tekanan terhadap badan dan sistem kardiovaskular.

MENARIK DIBACA: Cari segera 2 minuman ini jika seseorang terkena strok haba

MENARIK DIBACA: Gigih giling cili, sambal ikan bilis Villatic Foods buat orang Malaysia terliur

Berikut adalah perkara paling penting perlu dilakukan: 

1) Kawal emosi

Situasi mendebarkan seperti masa tambahan atau sepakan penalti boleh menyebabkan adrenalin meningkat secara mendadak. 

Doktor menyarankan teknik pernafasan 'box breathing' iaitu tarik nafas selama empat saat, tahan empat saat, hembus empat saat dan tahan semula selama empat saat bagi membantu menenangkan sistem saraf.

2) Pilihan snek 

Makanan bergoreng, tinggi garam dan ultra proses boleh meningkatkan tekanan darah serta memberi tekanan tambahan kepada salur darah. 

Sebagai alternatif, pilih kekacang tanpa garam, popcorn tanpa minyak berlebihan, buah-buahan segar atau snek rendah sodium, selain mengawal kuantiti pengambilan.

3) Tidur cukup

Kurang tidur berulang kali bukan sahaja menyebabkan keletihan, malah boleh mengekalkan tekanan darah pada paras tinggi dan mengurangkan keupayaan jantung menyesuaikan diri dengan tekanan fizikal serta emosi. 

Tidur seketika selama 20 hingga 30 minit sebelum perlawanan dan dapatkan tidur berkualiti selepas itu mampu membantu proses pemulihan badan.

4) Air kosong 

Minuman bergula, minuman tenaga dan kopi yang berlebihan boleh menyebabkan dehidrasi, sekali gus memaksa jantung bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan. 

Justeru, setiap minuman berkafein atau bergula sebaiknya diimbangi dengan segelas air kosong.

Jaga kesihatan sepanjang musim Piala Dunia berlangsung.

5) Bergerak

Berjalan seketika, melakukan regangan atau senaman ringkas selama dua hingga lima minit dapat membantu melancarkan peredaran darah selepas duduk terlalu lama di hadapan televisyen.

Bola sepak mungkin hanya berlangsung selama 90 minit, namun kesihatan perlu dijaga sepanjang hayat. 

Jika mengalami keletihan melampau, sakit dada, jantung berdebar atau sesak nafas ketika mengikuti perlawanan, segera dapatkan pemeriksaan doktor. 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Jadi penjaring gol terbanyak Piala Dunia, 'yerba mate' rahsia Messi kekal fokus di padang

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Buah bukan musuh pesakit diabetes! Pakar kongsi cara makan, cadangan saiz elak gula 'spike'

Terhangat