info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Ambil 1.5 liter air sehari baik untuk tubuh, ini 6 waktu minum terbaik disarankan pakar

Lead Image

RAMAI mengetahui kepentingan minum air putih, tetapi tidak semua benar-benar mengambil berat tentang jumlah pengambilan air harian mereka. 

Tubuh manusia terdiri daripada kira-kira 60 peratus air dan setiap sistem dalam badan memerlukan air untuk berfungsi dengan baik.

Pakar kesihatan menyarankan orang dewasa minum sekitar enam hingga lapan gelas air sehari bagi memastikan tubuh kekal terhidrat. 

Kekurangan air atau dehidrasi bukan sahaja menyebabkan rasa dahaga, malah boleh mengganggu fungsi otak, menjejaskan 'mood' dan emosi serta memberikan tekanan tambahan kepada jantung.

Mulakan hari dengan segelas air putih selepas bangun tidur untuk menyingkirkan toksik dan melancarkan sistem pencernaan.

Tahukah anda bahawa minum air secara berlebihan juga boleh mendatangkan masalah serta risiko terhadap kesihatan tubuh?

Menerusi perkongsian seorang pengamal perubatan di Instagram, wanita yang dikenali sebagai Cici Duta Ginjal itu berkongsi bahawa kenyataan 'minum banyak air baik untuk kesihatan' adalah mitos.

Jelasnya, tubuh sebenarnya tidak memerlukan air yang terlalu banyak kerana boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan buah pinggang.

Justeru, Cici berkata jumlah terbaik untuk minum air adalah enam gelas sehari atau bersamaan 1.5 liter air.

MENARIK DIBACA: Cari segera 2 minuman ini jika seseorang terkena strok haba

MENARIK DIBACA: Gigih giling cili, sambal ikan bilis Villatic Foods buat orang Malaysia terliur

Waktu terbaik minum segelas air (250ml)

8 pagi

  • Membantu menghidratkan semula badan, merangsang sistem pencernaan, membuang toksin dan meningkatkan tenaga serta fungsi otak untuk memulakan hari yang lebih produktif.

10 pagi

  • Membantu mencegah dehidrasi pertengahan pagi, mengekalkan tahap tenaga dan meningkatkan fokus untuk menyambung tugas.

12 tengah hari

  • Minum satu gelas air pada pukul 12 tengah hari bertindak sebagai 'reset' untuk menyegarkan badan, menggantikan cecair yang hilang akibat berpeluh dan meningkatkan tenaga.
Minum air berlebihan boleh menjejaskan fungsi buah pinggang kerana organ tersebut terpaksa bekerja lebih keras tanpa henti.

3 petang

  • Minum segelas air pada pukul 3 petang membantu mengelakkan dehidrasi, meningkatkan tenaga dan mengelakkan pengambilan snek berlebihan dengan membezakan rasa dahaga daripada lapar. 

5 petang

  • Minum air pada pukul 5 petang sangat membantu mengelakkan dehidrasi selepas seharian bekerja, memulihkan tenaga yang merosot serta mengurangkan selera makan berlebihan sebelum mengambil makan malam.

7 malam

  • Minum satu gelas air pada pukul 7 malam, terutamanya air suam membantu melancarkan proses pencernaan, mengelakkan dehidrasi selepas seharian beraktiviti dan mencegah rasa 'lapar palsu' yang sering berlaku pada waktu malam.

Secara keseluruhan, individu disarankan untuk minum sebanyak enam gelas air sehari atau bersamaan 1.5 liter air.

Bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk minum air secara kerap iaitu tidak melebihi dua liter jika cuaca panas atau ketika sedang makan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Buah bukan musuh pesakit diabetes! Pakar kongsi cara makan, cadangan saiz elak gula 'spike'

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Asyik makan makanan sama, doktor dedah kanak-kanak buta akibat kurang vitamin B12

Terhangat