info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Ini senarai 5 buah premium dunia, harga puluhan ribu boleh bayar deposit rumah

Lead Image

RAMAI sanggup berbelanja besar untuk menikmati buah-buahan premium yang terkenal dengan rasa luar biasa dan kualiti terbaik. 

Ada antara buah dijual pada harga ribuan ringgit hanya untuk sebiji atau sepasang, sekali gus menjadikannya antara buah paling mahal di dunia.

Kebanyakan buah eksklusif disenaraikan berasal dari Jepun, negara terkenal dengan amalan pertanian berketepatan tinggi serta proses pemilihan buah yang sangat ketat. 

Setiap buah dipilih dengan teliti berdasarkan saiz, tahap kemanisan, warna, bentuk dan penampilannya sebelum dipasarkan kepada pembeli.

Tembikai wangi premium Jepun memiliki isi sangat manis dengan aroma harum.

Berikut adalah lima buah premium sering menjadi rebutan penggemar makanan mewah di seluruh dunia.

1. Yubari King Melon

Sepasang Yubari King Melon boleh dijual pada harga sekitar kira-kira RM55,000 hingga RM64,000, terutama ketika musim lelongan pertama.

Setiap biji anggur Ruby Roman perlu memenuhi piawaian ketat dari segi saiz, berat dan tahap kemanisan.

2. Ruby Roman Grapes

Anggur Ruby Roman terkenal dengan saiznya besar dan warna merah berkilat. Setiap biji anggur perlu memenuhi piawaian ketat dari segi berat dan kandungan gula sebelum boleh dijual sebagai buah premium.

Setandan anggur boleh mencecah harga sekitar sekitar RM34,000 hingga RM51,000 ibarat deposit bagi harga sebuah rumah atau harga emas.

MENARIK DIBACA: Jangan salah pilih daun limau purut, pastikan bentuk '8' elak masakan jadi pahit

MENARIK DIBACA: Daun bawang, serai ditanam di rumah sangat mudah nak hidup! Ketahui punca ramai gagal

3. Densuke Watermelon

Berbeza daripada tembikai biasa, Densuke Watermelon mempunyai kulit berwarna hitam berkilat tanpa jalur hijau. Ia ditanam dalam jumlah yang sangat terhad di Pulau Hokkaido.

Dengan tekstur rangup dan rasa manis luar biasa, sebiji Densuke Watermelon boleh dijual pada harga antara RM17,000 hingga RM26,000 

4. Taiyo no Tamago Mango

Taiyo no Tamago atau 'Egg of the Sun' adalah mangga premium Jepun terkenal dengan warna merah terang, isi lembut serta rasa sangat manis.

Sepasang mangga ini biasanya dijual pada harga sekitar RM8,500 hingga RM15,000, bergantung pada kualitinya.

Tembikai Densuke mudah dikenali menerusi kulit hitam berkilat.

5. Sekai Ichi Apple

Sekai Ichi membawa maksud nombor satu di dunia. Epal ini terkenal kerana saiznya cukup besar, rasanya pula manis selain proses penjagaan pokok sangat rapi sepanjang proses penanaman.

Walaupun tidak semahal buah premium lain dalam senarai ini, sebiji Sekai Ichi Apple tetap dijual pada harga sekitar RM130, jauh lebih mahal berbanding epal biasa.

Buah-buahan premium ini membuktikan bahawa nilai sesuatu hasil pertanian bukan hanya bergantung kepada rasanya, tetapi juga proses penanaman, penjagaan serta tahap kualiti yang ditetapkan. 

Tidak hairanlah buah-buahan eksklusif sering dijadikan hadiah mewah atau dibeli oleh pengumpul dan penggemar makanan premium di seluruh dunia.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Asyik pesan menu sama... Ramai tak sedar ada 25 pilihan roti canai 'rare', ini 10 paling padu

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

'Skill' memasak 'A', ramai kagum pelajar IPT rajin masak untuk rakan serumah - "Auto nampak segak"

Terhangat