Jual sambal nasi ayam 150ml, Mama Tini perjelaskan kewajaran harga RM18
IBU kepada selebriti, Neelofa iaitu Noor Kartini sekali lagi mencuri perhatian apabila sambal nasi ayam yang dijualnya menjadi topik perbualan di media sosial.
Menerusi video tular Noor Kartini di Threads, usahawan yang mesra disapa Mama Tini itu dilihat mempromosikan sambal nasi ayamnya yang dijual dalam botol bersaiz 150ml.
Menurut Noor Kartini, walaupun pada asalnya merupakan sambal nasi ayam, produk tersebut juga sesuai dimakan dengan sajian lain serta boleh dijadikan pencecah.
Katanya, sambal itu menggabungkan rasa pedas dan manis seimbang sekali gus menjadi penambah selera untuk pelbagai jenis makanan.

Dalam video sama, Mama Tini turut menjelaskan harga runcit RM18 sebotol ditetapkan dengan turut mengambil kira konsep perniagaan menggunakan sistem ejen.
Pelanggan yang membeli dalam pakej kombo empat botol hanya perlu membayar RM40, sekali gus menawarkan harga lebih rendah bagi setiap botol.
MENARIK DIBACA: Singgang tenggiri mudah nak buat, enak tak terkata! 'Confirm' jadi walau tak pandai masak
MENARIK DIBACA: Pemuda dedah bahaya cili kering berdebu, berkulat! Jangan 'termakan' pujuk tauke kedai
Bagaimanapun, perkongsian semula video berkenaan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang membahaskan tentang harga produk tersebut.
Ada berpendapat harga RM18 agak mahal bagi sambal bersaiz 150ml selain menyifatkan sambal nasi ayam mudah disediakan sendiri di rumah.
"Mak, sikit macam tu, saya sekali makan je.

"Sambal nasi ayam punya mudah nak buat, korang beli juga yang mahal ni. Siap boleh beli lagi murah dan sedap.
"Ikut kiraan RM18 boleh makan 10 kali. Sekali makan baru RM1.80. Sedap.
"Malaysia ni ada penyakit FOMO. Jadi yang bantu kekalkan perniagaan keluarga ni adalah mereka yang FOMO.
"Mesti laku sebab dia popular. Cuba kalau orang tak ada nama yang jual mesti tak laku," antara komen netizen.