info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Momen

Bella Astillah jadi barista di outlet pertama Truedan, siap ‘tapau’ donat untuk Ayden dan Ara

Lead Image

PENYANYI serta pelakon Bella Astilllah tampil dengan peranan berbeza apabila bertugas sebagai barista sempena pelancaran cawangan Truedan di IOI City Mall.

Pada majlis itu, Bella menunjukkan kemahirannya memarut 'Meteoric Brown Sugar' hinggalah memotong 'Handmade Taiwanese Jelly'.

Aksinya itu mencuri perhatian lebih 500 pengunjung IOI City Mall sempena acara tersebut pada Sabtu lalu.

Antara menu yang disediakan Bella ialah 'Signature Meteoric Brown Sugar Oolong Milk Tea with Taiwanese Jelly' dan 'Taiwanese Crispy Milk Donuts' yang digoreng segar.

Bella mengagihkan minuman dan donut kepada pelanggan

“Saya memang suka minuman ini, terutamanya Taiwanese Jelly. Teksturnya sangat sedap dan berbeza daripada 'topping' yang biasa kita nikmati. Saya tak pernah jumpa yang macam ini di tempat lain. 

"Meteoric Brown Sugar tu memang lain daripada yang lain! Selepas cuba menyediakannya sendiri hari ini, barulah saya tahu berapa banyak usaha yang diperlukan untuk menghasilkan setiap cawan.

“Dan sudah tentu, Ayden dan Ara dah awal-awal pesan supaya saya bawa balik donat untuk mereka! Itu memang kegemaran mereka, jadi saya dah tahu memang akan tapau beberapa biji balik nanti,” kata Bella kepada media.

MENARIK DIBACA: Detik cemas di dapur! Bilah 'chopper' patah, terpelanting - "Sikit lagi nak kena mata"

MENARIK DIBACA:Tip simpan minyak masak, elak kualiti terjejas... Jernih bukan jaminan masih elok!

Kehadiran Bella menjadikan outlet pertama Truedan di IOI City Mall 2 meriah selepas sebulan orang ramai dapat mencuba jenama Taiwan yang popular sebelum ia dibuka secara rasmi.

Jenama Taiwan ini terkenal dengan Handmade Taiwanese Jelly yang lembut, kenyal dan licin. 

Truedan juga terkenal dengan Meteoric Brown Sugar yang diparut segar dari satu blok besar gula perang sebelum ditambahkan ke dalam minuman. 

Ini menjadikan baunya seperti karamel dan kelihatan menarik apabila kepingan gula perang kecil jatuh dalam minuman. 

Selain minuman, Truedan juga membawa 'Taiwanese Crispy Milk Donut' ke Malaysia.

Terdapat tiga pilihan perisa untuk dicuba iaitu Original, Kunafa Chocolate dan Kunafa Pistachio.

Antara pilihan perisa donut ialah Original, Kunafa Chocolate dan Kunafa Pistachio

Pelanggan yang berdaftar sebagai ahli TRUEfriend boleh menikmati pelbagai manfaat termasuk diskaun 15 peratus setiap Selasa sempena TRUEday, promosi minuman dan baucar istimewa.

Truedan kini mempunyai hampir 80 cawangan di seluruh dunia dan pada 2026, Truedan secara rasmi melebarkan sayap ke Malaysia menerusi cawangan pertamanya di IOI City Mall sekali gus memperkenalkan teknik parutan gula perang segar dan topping jeli Taiwan kepada pengguna tempatan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Momen

Yeo’s himpun generasi muda, KL Sentral jadi pentas semarak cinta Malaysia

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Detik cemas di dapur! Bilah 'chopper' patah, terpelanting - "Sikit lagi nak kena mata"

Terhangat