info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Pengotor! Staf restoran makanan segera didakwa kentut atas ayam sebelum dimasak

Lead Image

BAYANGKAN ayam yang dipesan di restoran makanan segera rupa-rupanya melalui satu proses penyediaan yang langsung tidak terlintas di fikiran. 

Itu yang berlaku dalam satu video tular apabila seorang pekerja Popeyes didakwa melakukan perbuatan menjijikkan terhadap ayam mentah sebelum ia dimasak.

Video berkenaan dimuat naik menerusi akaun TikTok @akrentscicc88 dan meraih kira-kira 2.4 juta tontonan.

Menurut laporan media antarabangsa, seorang staf Popeyes di Louisiana, Amerika Syarikat (AS) didakwa memasuki ruang penyimpanan bahan mentah di dapur restoran sebelum membuka bungkusan mengandungi ayam belum dimasak.

Ayam mentah perlu dikendalikan dengan bersih dan mengikut prosedur keselamatan makanan.

Dia kemudian didakwa duduk di atas ayam berkenaan lalu kentut.

Rakaman itu kemudiannya memaparkan imej sandwic ayam sebelum beralih kepada seorang lelaki berbaju kelabu sedang menikmati ayam goreng.

Suara latar dalam video tersebut mendakwa pekerja sama memasak ayam didakwa telah dicemari sebelum menghidangkannya kepada pelanggan.

Perkataan seperti 'dipecat” dan 'saman' turut dipaparkan dalam video berkenaan, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

MENARIK DIBACA: Masalah kari susah pecah minyak selesai dengan tip 'tumis awal', guna santan kotak pun menjadi!

MENARIK DIBACA: Pajeri rambutan bukan menu pelik, ramai dah makan sejak kecil... Boleh juga masak kari

Beberapa pelanggan mendakwa mereka mengenali pekerja berkenaan sebagai individu pernah menyediakan makanan mereka ketika berkunjung ke restoran terbabit.

Dakwaan ini menyebabkan mereka meluahkan rasa jijik dan loya, selain bimbang tentang apa yang sebenarnya berlaku kepada makanan sebelum sampai ke tangan pelanggan.

Tindakan pekerja berkenaan bagaimanapun tular dan pelanggan mula meminta ganti rugi.

Beberapa pelanggan dikatakan membawa perkara tersebut kepada pihak Popeyes dan meminta penjelasan serta pampasan.

Pihak restoran juga didakwa memecat pekerja terbabit dan mendapatkan khidmat peguam untuk mengambil tindakan undang-undang.

Bagaimanapun, dakwaan berkenaan masih belum dapat disahkan.

Lokasi sebenar cawangan restoran terlibat juga tidak diketahui.

Malah, belum ada kepastian sama ada ayam didakwa dicemari dalam video berkenaan benar-benar dimasak dan dihidangkan kepada pelanggan.

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Tolak ubat doktor, ibu dakwa demam anak lebih cepat sembuh lepas mandi lemon

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Suami rekod isteri masak atau tidak setiap hari, rupanya ada ‘misi’

Terhangat