info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Umur 60 tahun langsung tak nampak tua, ini rahsia awet muda Chuando Tan

Lead Image

MODEL dan jurugambar asal Singapura, Chuando Tan mencuri perhatian ramai apabila wajahnya kelihatan jauh lebih muda daripada usia sebenar.

Tubuh yang tegap, wajah awet muda membuatkan ramai tertanya-tanya apakah rahsia yang diamalkannya selama ini.

Menurut Tan, 60, dia tidak mempunyai sebarang amalan luar biasa atau bergantung kepada produk mahal, sebaliknya hanya menjaga pemakanan setiap hari.

Baginya, pemakanan memainkan peranan penting kerana setiap makanan yang diambil boleh memberi kesan kepada tubuh.

Antara rutin diamalkannya termasuklah memilih makanan tinggi protein, sayur-sayuran serta makanan kurang diproses.

Tan tidak mempunyai sebarang amalan pelik atau bergantung kepada produk mahal.

Sarapan

Tan memulakan hari dengan mengambil enam biji telur rebus bersama segelas susu.

Bagaimanapun dia hanya mengambil dua kuning telur, manakala putih telur tetap dimakan kesemuanya sebagai sumber protein.

Ada kalanya, dia turut menambah avokado dan buah beri sebagai pelengkap sarapan.

Makan tengah hari

Untuk makan tengah hari pula, Tan biasanya memilih ayam yang dipanggang atau dikukus bersama nasi perang dan sayur-sayuran.

Dia juga mengambil ikan atau sup ikan sebagai sebahagian daripada hidangan bagi mendapatkan sumber protein.

MENARIK DIBACA: Buat masker guna lobak merah, tepung jagung... Rahsia kulit cerah secara semula jadi

MENARIK DIBACA: [V] Masalah kolesterol buka mata Zul Huzaimy... Mula amal minyak kelapa dara, banyak makan ulam-ulaman

Makan malam

Pada waktu malam, menu yang diambilnya masih ringkas dengan gabungan ikan atau ayam yang dipanggang atau dikukus, sayur-sayuran dan nasi.

Tan turut memastikan pengambilan air kosong mencukupi sepanjang hari.

Makanan dielakkan

Dalam rutin hariannya, Tan mengelakkan beberapa makanan dan minuman termasuk makanan diproses, alkohol dan rokok.

Dia juga tidak mengambil kopi dan lebih mengutamakan makanan yang disediakan menggunakan bahan-bahan ringkas.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Beras basmati dianggap tak ‘ngam’ dengan masakan Melayu, semua sajian jadi tak sedap!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Zhiddin Aziz kongsi pengalaman di Jepun, ramai setuju pakai 'glove' tak jamin makanan bersih

Terhangat