Beras basmati dianggap tak ‘ngam’ dengan masakan Melayu, semua sajian jadi tak sedap!
BERAS basmati diketahui mempunyai tekstur lebih berderai, bersaiz panjang serta mempunyai aroma tersendiri, menyebabkan ada yang menganggapnya kurang sesuai digandingkan dengan masakan Melayu.
Bagi sesetengah individu, rasa dan bau beras basmati dirasakan kurang serasi dengan hidangan asli Melayu seperti nasi lemak, nasi kerabu, nasi ayam mahupun nasi goreng yang menggunakan beras biasa.
Kebanyakan yang makan beras ini memilihnya atas faktor kesihatan, diet atau sudah terbiasa dengan rasanya.
Seorang lelaki di Threads menarik perhatian ramai selepas meluahkan pandangan terhadap penggunaan beras basmati dalam hidangan tradisi Melayu.
Menurut individu berkenaan, dia secara peribadi merasakan tekstur dan aroma beras basmati langsung tidak serasi apabila digabungkan dengan sajian harian masyarakat tempatan.

"Aku cukup tak suka masakan Melayu guna beras basmati ni. Tak sedap, tak 'ngam'.
"Buat nasi goreng tak sedap, buat nasi ayam tak sedap, buat nasi kerabu pun tak sedap... nasi lemak lagilah!
"Beras basmati ni ada rasa, tekstur dan bau yang tak 'ngam' dengan masakan Melayu," tulisnya.
MENARIK DIBACA: Wanita anggap 'rare' masak sambal bubuh santan... Ramai tak setuju, dah berzaman nenek moyang buat!
MENARIK DIBACA: Jangan risau daun kesum tak ada! Ini pilihan bahan alternatif nak sedapkan asam pedas
Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan itu dan berpendapat bahawa beras basmati lebih sesuai dipadankan dengan masakan berempah seperti hidangan Arab atau India.
Malah ada yang tampil dengan kiasan mencuit hati bagi menggambarkan rasa beras panjang itu apabila dimasak menggunakan resipi asli sajian tempatan.
"Basmati ni aku rasa 'ngam' untuk nasi berempah je. Bila masuk nasi lemak atau nasi kerabu terus rasa macam pakai kasut formal pergi pasar malam. Boleh, tapi pelik," kata seorang netizen.

Beberapa warga maya turut menyokong kenyataan itu dengan menegaskan selera masyarakat tempatan sudah serasi dengan beras wangi atau beras biasa.
"Betul... lidah kita biasa dengan beras biasa. Pakai basmati terus tak sedap. Konon nampak mahal tapi tak sedap di lidah. Nasi lemak pun sama, sedap lagi beras biasa.
"Lauk Melayu tak sesuai beras basmati, kena beras Jasmine (wangi) juga. Kalau lauk tu inspired by Indian dish okay la guna basmati tapi kebanyakannya tak sesuai," tambah warganet lagi.
Bagaimanapun di sebalik kritikan tersebut, terdapat juga segelintir netizen yang tiada masalah dengan beras basmati.
Kebanyakan mereka memilih beras berkenaan atas faktor kesihatan terutamanya untuk mengawal paras gula dalam darah.
"Semenjak bertukar basmati atas faktor kesihatan nak kurangkan gula, sedap je rasa basmati dengan makanan Melayu... in fact lagi suka dah. Mula-mula je tak biasa, tapi sekarang rasa exclusive," kongsi seorang netizen.