info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Hampir 19 juta biji telur diarah ditarik balik, disyaki tercemar salmonella

Lead Image

PENTADBIRAN Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) mengarahkan supaya kira-kira 19 juta biji telur ditarik balik selepas disyaki berpotensi tercemar dengan bakteria salmonella, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan makanan.

Penarikan balik itu melibatkan kira-kira 1,589,577 dozen telur, bersamaan hampir 19 juta biji, yang dikeluarkan syarikat Midwest Poultry Services, L.P. sebagai langkah berjaga-jaga bagi melindungi pengguna.

Menurut kenyataan FDA, telur itu terdiri daripada telur putih dan telur perang dipasarkan di bawah beberapa jenama terkenal termasuk Kroger, Simple Truth; Brookshire's; Country Morning dan Sunups.

FDA menasihatkan pengguna supaya tidak memakan telur dijangkiti bakteria salmonella.

Produk berkenaan dijual di enam negeri iaitu Texas, Louisiana; Arkansas; Mississippi, New Mexico dan Oklahoma dengan tarikh jual antara 20 Julai hingga 17 Ogos 2026.

FDA memaklumkan telur berkenaan dihasilkan antara 6 Jun hingga 3 Julai 2026 di dua ladang milik syarikat tersebut di Texas sebelum diedarkan ke pasaran.

MENARIK DIBACA: [V] Burasak dan lepat lui juadah Bugis ‘rare’… Cicah dengan rendang ayam daun maman memang mantap!

MENARIK DIBACA: Saffron rempah paling mahal di dunia, khasiatnya jadi buruan… Mampu atasi kemurungan

Pengguna dinasihatkan supaya tidak makan telur dengan kod loji P-1950 atau 0840962 serta nombor Julian 157 hingga 184.

Sebaliknya, pengguna diminta membuang produk berkenaan atau memulangkannya ke premis pembelian bagi mendapatkan bayaran balik. 

FDA turut mengesyorkan peti sejuk, bekas penyimpanan dan permukaan bersentuhan dengan telur tersebut dibersihkan bagi mengelakkan pencemaran silang.

Jangkitan bakteria salmonella boleh menyebabkan demam, cirit-birit, muntah dan sakit perut.

Bakteria salmonella  boleh menyebabkan keracunan makanan dengan gejala seperti demam, cirit-birit, loya, muntah dan sakit perut.

Dalam kes lebih serius, jangkitan boleh mengakibatkan komplikasi terutama kepada kanak-kanak, warga emas dan individu mempunyai sistem imun lemah.

Setakat pengumuman dibuat, FDA memaklumkan tiada kes penyakit disahkan dikaitkan dengan telur yang ditarik balik.

Bagaimanapun, tindakan itu diambil sebagai langkah pencegahan selepas wujud kebimbangan terhadap kemungkinan pencemaran.

Insiden itu sekali lagi mengingatkan pengguna supaya sentiasa menyemak maklumat pada label produk makanan serta memastikan telur dimasak sempurna bagi mengurangkan risiko jangkitan bakteria bawaan makanan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Rambutan tinggi nutrisi 'dituduh' bahaya! Wanita tegur ibu dalam pantang terlalu percaya mitos

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Pegang bakul 'pink' di pasar raya petunjuk pelanggan bujang, terbuka untuk berkenalan

Terhangat