info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Rambutan tinggi nutrisi 'dituduh' bahaya! Wanita tegur ibu dalam pantang terlalu percaya mitos

Lead Image

AMALAN berpantang selepas bersalin masih dilakukan oleh kebanyakan masyarakat dengan setiap keluarga mempunyai petua dan pantang larang berbeza. 

Di sebalik amalan yang diwarisi turun-temurun itu, kini sudah ramai juga mula mempersoalkan sama ada amalan berpantang dilakukan berpandukan fakta atau mitos.

Perkara ini turut dibangkitkan seorang individu di Threads setelah melihat masih ramai percaya bahawa wanita yang baru bersalin tidak boleh menikmati buah-buahan tertentu seperti rambutan.

"Penuh komen makan rambutan dalam pantang ada mati, ada kena kancing gigi. Ya Allah, teruk dah ni tahap pengetahuan dan pendidikan masyarakat Melayu kita.

"Awak makan sosej, nuget, serbuk 'aji' tu jauh lagi bahaya kakak," tulisnya.

Buah tropika seperti rambutan, manggis, durian dan nangka kaya dengan pelbagai nutrisi.

Menurut wanita itu, dia terpanggil untuk bersuara selepas membaca pelbagai komen yang mengaitkan pengambilan rambutan ketika berpantang dengan pelbagai risiko serta masalah kesihatan.

Katanya, apabila pengguna lain menjelaskan bahawa perkara tersebut hanyalah mitos, individu yang membuat hantaran asal memberi reaksi sebaliknya.

"Bila ramai beri maklum balas ini cuma mitos, dia mula 'tersakiti' dan beri respons tunggu bila badan dah tua baru tahu mitos atau tidak.

MENARIK DIBACA: Bawang rupanya ada strategi pertahankan diri, punca manusia pedih mata ketika menghiris

MENARIK DIBACA: Koleksi tip rebus kerang agar isi tak melekat di kulit, penting juga tahu helah peniaga elak ditipu

"Orang tak beranak pun kalau dah masuk umur tua memang ada sakit badan," katanya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi warga maya yang turut berkongsi pengalaman serta pandangan mengenai amalan pemakanan ketika berpantang.

Rata-rata mengakui selain rambutan buah-buahan lain juga sering dikaitkan dengan pantang ibu bersalin tanpa bukti jelas.

"Bukan rambutan je salah, tembikai pun. Jangan main-main dengan masyarakat kuat berpantang. Abaikan saja, nak didik golongan warga emas memang susah, jadi terus didik generasi muda tentang makanan sebenar baik untuk kesihatan.

"Tahniah awak guna landasan tepat untuk didik masyarakat tentang salah anggap. Buah tropika tinggi dengan kandungan nutrisi, bukan buah oren saja. Jangan lupa makan sayur dan buah-buahan, rugi kalau takut makan hanya kerana mitos.

Komen netizen.

"Durian, rambutan dan manggis saya makan ketika dalam pantang. Alhamdulillah, sihat elok lagi.

"Mak saya menangis saya tak ikut cara berpantang orang dulu-dulu sebab saya bersalin secara pembedahan, sedangkan saya makan makanan sebenar macam telur, ayam dan taugeh.

"Bosan ayat 'tunggulah nanti tua'. Mak saya dan ibu mentua selalu cakap makan je, kalau tak makan tak tahu," antara komen netizen.

Diet yang seimbang dan pengambilan makanan berkhasiat penting untuk membantu proses pemulihan ibu bersalin, manakala sebarang pantang larang makanan wajar dinilai berdasarkan nasihat pakar bukannya kepercayaan diwarisi turun-temurun.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Berlengah jumpa doktor lepas tercekik tulang, pesakit rebah dan akhirnya maut

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Hampir 19 juta biji telur diarah ditarik balik, disyaki tercemar salmonella

Terhangat