KUALI | Trending

Teknik rebus nasi impit 5:30:7 tak menjadi, ramai kata kena 'scam'

Lead Image

MUSIM perayaan sememangnya sinonim dengan pelbagai ragam mencuit hati, terutama apabila tiba bab ‘berperang’ di dapur menyiapkan juadah tradisi. 

Antara hidangan wajib apabila tiba hari raya ialah ketupat dan nasi impit, jadi tak hairanlah muncul pelbagai petua kononnya memudahkan penyediaan dua juadah ini.

Namun, di sebalik percubaan mengikut 'petua' itu, ada juga yang gagal apabila nasi impit masih berderai apabila dipotong.

Gara-gara kegagalan itu, seorang pengguna Threads dikenali sebagai Muhd Zaki, berpendapat teknik rebus nasi impit 5:30:7 sebagai scam terbesar waktu raya. 

Nasi impit sepatutnya lembut padat.

Katanya, walaupun luaran nampak cantik dan terbentuk, bahagian dalamnya tetap seperti nasi apabila dipotong.

"Biggest (terbesar) scam time (waktu) raya adalah rebus nasi impit 5:30:7. Luar cantik, bila potong jadi nasi," kongsinya.

MENARIK DIBACA: Lebihan nasi impit boleh buat lontong goreng, tetamu mesti teruja tiada di rumah orang lain

MENARIK DIBACA: Semua sedap, takkan nak tengok je! Ini 7 tip pemakanan masa raya sambil 'jaga perut'

Dalam perkongsian seterusnya, lelaki berkenaan turut mencadangkan penggunaan pressure cooker tanpa mengikut sebarang petua atau formula.

"Weh, tak sangka blow up, ramai terkena. Pakai ni (pressure cooker) tak perlu formula dah," kongsinya. 

Nasi impit antara menu wajib menjelang musim perayaan.

Perkongsian Muhd Zaki itu turut mengundang pelbagai komen daripada netizen.

Selain pengalaman, mereka juga berkongsi teknik sebenar merebus nasi impit menggunakan cara berbeza. 

"Paket besar 90 minit, yang kecil 60 minit. Tanak sekali dengan air suhu bilik. 

"Kalau nak guna cara 5:30:7, air kena mendidih baru masuk beras. Kemudian set semula 5 minit dan rehatkan 30 minit, Hidupkan semua api dan tunggu air mendidih selama 7 minit.

"Tip baharu, 10:30:10 dan masuk nasi impit waktu air mendidih," komen netizen.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Dalam gambar kemain gah! Kek Cadbury RM90 dibeli ibu tak seindah rupa... “La ingat simen”

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Tiga ikan popular ini makin pupus di lautan, jarang nampak dijual di pasaran

Terhangat